“Macam cikgu PJ…”- Penampilan Biasa Neelofa Di Gelanggang Futsal Cvri Perhatian

Nama selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa tidak asing lagi dalam ‘bualan’ ramai warganet.

Setiap apa yang dilakukan oleh aktres berusia 33 tahun itu pasti sahaja menjadi perhatian terutama teka-teki melihat wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Neelofa turun padang support suami main futsal?

Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang individu berkongsi sebuah video memaparkan pelakon itu berada di sebuah gelanggang futsal bagi memberikan sokongan kepada suaminya, Haris Ismail bermain pada malam itu menarik perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @seorangnur, dilihat Neelofa hadir mengenakan baju t-shirt berwarna merah dan bertudung sarung sambil menjinjit beg berjalan di samping suaminya.

Dalam perkongsian berkenaan, Neelofa berseloroh dengan mengatakan kehadirannya menonton dan memberikan sokongan kepada suaminya adalah berbayar.

“Kau rasa? Dibayar tau…”seloroh Neelofa apabila ditanya mengenai kehadirannya pada malam itu.

Macam cikgu PJ kat sekolah aku…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata mereka berpendapat penampilan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor adalah saling tidak tumpah seperti guru Pendidikan Jasmani (PJ) yang turun ke padang.

Comelnya Neelofa pakai tudung sarung

Sumber: TikTok @seorangnur, @teamustazhariss

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM