Gara-gara Salah Lirik Iffa Raziah Ters1ngkir. Tak Sangka Ini Luahannya

Rancangan terbaharu yang kini mendapat perhatian setiap Ahad berjudul Terpaling Juara nampaknya saban minggu menjadi topik h4ngat di media sosial. Apatah lagi, penyanyi Ifa Raziah antara yang mencvri tumpuan penonton dan pada minggu keempat ini pula, dia dilihat menunjukkan perubahan dalam persembahan ketika mendendangkan lagu Purnama.

Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.

Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.

Ifa Raziah telah membawakan lagu kapten pasukannya, Naim Daniel berjudul Purnama pada malam tadi namun dia telah menjadi peserta pertama ters1ngkir dalam rancangan Terpaling Juara yang mana rancangan ini bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Penyanyi dan pengacara ini bagaimanapun ditemubual selepas diumumkan ters1ngkir dan Ifa Raziah akur dengan keputusan tersebut dan dia sudah bersedia malah menganggap rezekinya setakat minggu keempat sahaja. Ifa Raziah juga berkata ia adat pertandingan namun dia tetap dalam industri seni ini sebagai pelakon, pengacara dan masih melakukan perniagaannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Meskipun ters1ngkir, dia berkata persembahannya kali ini dia merasakan dirinya telah memberikan yang terbaik dan telah melakukan dengan betul serta tiada drama-drama.

Temubual penyanyi, Ifa Raziah selepas ters1ngkir dalam rancangan Terpaling Juara  yang dikongsikan menerusi Instagram itu mendapat perhatian ramai dan dalam pada masa yang sama ditinggalkan pelbagai reaksi oleh netizen melalui ruangan komen.

“Better than last week…”

“Artis pertama ters1ngkir”

“Kak Ifa dah lama dalam industri nyanyian…”

Perjalanan Ifa di pentas ‘Terpaling Juara’ terhenti setakat ini

Setelah hampir 4 minggu bert4han ber3ntap bersama-sama penyanyi baru dan lama yang lain, nampaknya rezeki Ifa terhenti sampai di situ sahaja. Akhirnya, artis berkenaan menjadi peserta pertama yang ters1ngkir dalam rancangan berkenaan semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Saya akur ters1ngkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.

“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.

“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.

Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.

Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingk1rannya itu.

“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya ters1ngkir tetapi ia tidak memat4hkan semangat saya.

“Saya tetap di sini, berdiri tegvh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.

“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau memb3nci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.

“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.

“Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelem4han nyanyian saya.

“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyel4r diri saya sebagai seorang yang istidraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.

“Mungkin pada mata orang saya ini h1na tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.

All the best kak Ifa di luar sana

Ketika ditemubual selepas sahaja peny1ngkiran berkenaan, Ifa dengan tenang menjawab dirinya memang sudah menyangka akan terkeluar minggu ini. Malah dia juga akui ada lagi peserta lain yang lebih bagus. Baginya, rezeki mungkin sudah tertulis di cabang yang lain seperti mengacara, berlakon dan juga sebagai usahawan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mant4pnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.

Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakala pos1si juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.

Kredit Foto: Instagram TV3

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH, HCL