‘Selamat Bersalin Baby Girl..’ Cantiknya Nama Anak Kedua Tasha Shila

Pelakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan menerusi kaedah pembed4han sekitar jam 10.37 pagi, hari ini.

Menurut suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, proses pembedahn yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar. Malah, Tasha dan bayi juga berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahn. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Tasha atau pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak, 35, memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahn.

Malah, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.

Tasha sebelum ini turut berkongsi keterujaan dikurniakan sepasang cahaya mata dan bersifat terbuka berkongsi pemilihan nama buat cahaya mata kedua mereka.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM