Pemalu orangnya! Nama dipanggil peminat, Jebat Jayden buat aks1 comel tutup muka… Siap ada samakan macam Bilal

TELATAH anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad sememangnya sentiasa menjadi tumpuan kerana aks1 spontan dan comel yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.

Gelagat Jebat juga sering dikongsikan oleh ibu bapa di Instagram cukup mencuit hati.

Kali ini, Jebat, 4, sekali lagi menjadi perhatian apabila gelagatnya menutup muka ketika mengambil gambar ketika hadir ke salah sebuah butik Naelofar di Putrajaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Noor Nabila di TikTok, memperlihatkan Jebat menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya ketika mengambil gambar bersama keluarga.

9

Jebat tutup muka di khalayak ramai.

Dek kerana malu namanya dipanggil tetamu yang hadir di butik tersebut, Jebat berkeras enggan menurunkan kedua tangannya meskipun dipegang ibu saudaranya, Neelofa.

Bukan itu sahaja, Jebat juga terpaksa didukung oleh bapa saudaranya, Aqif Mohd Noor kerana terus menerus menutup muka di hadapan khalayak.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat aksi comel Jebat malah ada juga tidak menyangka kanak-kanak itu merupakan seorang yang pemalu.

“Pemalu rupanya Jebat ni. Semua gambar dia tutup muka. ‘Fiderman’ malu ya, dia pun nak ikut jejak Bilal juga.”

“Jebat nak jadi kelakar macam ayah dia,” kata netizen.

Untuk rekod, Nabila dan Shaarnaz pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 sebelum bercer4i selepas tiga tahun berkahwin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.mstar.com.my/