Pakai Kasut Pinj4m? Akhirnya Nuha Bahrin Beri Penjelasan!

“Itu memang kasut saya, bukan kasut pinj4m.”

Demikian kata penyanyi Nuha Bahrin apabila kasut tumit tinggi yang dipakai ketika membuat persembahan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW) baru-baru ini menjadi bualan dan tvlar di TikTok.

Ia ekoran kasut itu kelihatan lebih besar daripada kaki Nuha hingga jelas kelihatan ia l0nggar dan tidak sesuai.

Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata, dia memang tidak ada pilihan lain kerana saiz kakinya juga terlalu kecil iaitu saiz satu bagi ukuran UK.

“Kalau tengok kasut tu di kaki saya, nampak kaki saiz budak. Kaki saya memang saiz budak. Kalau pakai kasut tumit tinggi, mana yang macam boleh muat atau hampir-hampir saja memang terpksa beli. Sebab tak ada masa untuk tempah.

“Orang kata kasut pinjam, tapi sebenarnya tak. Itu kasut saya. Cuma memang tak muat, saya tak ada pilihan. Kaki saya saiz satu (UK). Kalau ada kasut tumit tinggi yang dijual pun paling kecil saiz tiga,” katanya.

Tidak hanya itu, menerusi persembahan pada acara sama juga turut kelihatan tetamu yang memberikan re4ksi buat tidak tahu Nuha dan pasangan duetnya Naufal Azrin ketika menyanyikan lagu Casablanca.

“Bagi saya, itu tak memberikan k3san sangat kepada saya. Sebab alhamdulillah, kami dapat saja sokongan. Tapi, kalau orang buat tak tahu pun, tak ada masalah. Berada di pentas adalah impian saya dan bersyukur. Sebab di situ tempat saya belajar. Saya tak ambil hati. Sebab saya pun baru lagi, jadi mesti ada yang tertanya-tanya, kami siapa. 

“Walaupun lagu orang kenal, tapi tak kisah kalau orang tak kenal kami siapa. Saya terima saja situ4si sebegini. Sekurang-kurangnya kalau tak kenal saya, tapi kenal lagu. Malah selalu juga kalau jumpa berdep4n baru tahu saya penyanyi lagu Casablanca. Tapi okay saja, sebab orang macam mereka pun sok0ng saya juga. Saya tetap sayangkan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nuha dan Naufal bakal muncul dengan lagu Casablanca versi bahasa Arab yang dipersembahankan secara akustik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM