Aedy Ashraf Menang Award, Tak Sangka Ini Yang Disoal Eyka Farhana

Pelakon, Aedy Ashraf merupakan antara anak seni yang sudah menempa nama dalam industri hiburan tanah air sejak kanak-kanak lagi dan nampaknya kemunculannya sebagai hero dalam drama apabila semakin dewasa ini mendapat perhatian luar biasa penonton. Terbaharu, Aedy Ashraf dilihat memenangi sebuah award yang membuatkan dirinya meluahkan rasa berterima kasih dengan kemenangan tersebut.

“Thank you for this award Eh Malaysia. Dan ribuan terima kasih kepada yang mengundi. Aku hargai setiap satu antara korang. I love you.” Ujar pelakon Kisah Cinta Kita ini di ruangan Instagram peribadinya bersama satu keping foto yang turut menjadi tanda tanya buat salah seorang rakan selebriti, Eyka Farhana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Melalui foto dikongsikan itu, Aedy Ashraf memenangi award Selebriti Lelaki Paling S3ksi dan menerima trofi. Berkongsikan trofi diterimanya itu namun kelibat tangan wanita nampaknya turut menjadi tumpuan.

Walau bagaimanapun, dalam satu muat naik oleh Astro Gempak nampaknya dapat menjawab persoalan tersebut apabila memaparkan pelakon jelita, Daiyan menolong untuk mengambil award tersebut kepadanya.

Menerusi ruangan komen, peminat Aedy Ashraf juga menghvjani dengan ratusan reaksi tahniah dan berkata dia sememangnya layak mendapatkan anugerah Selebriti Lelaki Paling S3ksi dan ditinggalkan ribuan tanda suka di posting tersebut.

“Tangan siapa tu?”

“Tahniah Aedy”

“Tahniah…”

“Congrats but tak nak lah like sebab bukan tangan Amelia…”

Sumber: Aedy Ashraff, Gempak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL