Elizabeth Tan Akui Adeg4n Dilakukan Sendiri Tanpa Bantuan Teknik Kamera

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengaku adegan c1um aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, babak itu dijayakan ketika belum menjadi hak milik suaminya, Dr Siew Jim.

“It’s real… Dan kalaulah ad3gan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi. Tapi babak itu hanya begitu saja.

“Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan. Lagipun ketika ad3gan itu dibuat saya belum berkahwin dan Jay juga okey dengan babak terbabit,” katanya.

Menurut Lizzy, dia berharap lakonannya dalam filem itu dapat membuka mata penerbit tempatan untuk menawarkannya watak 4ksi yang lebih menc4bar.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

“Saya juga berharap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak 4ksi sebab mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu saya memang minat watak yang membabitkan 4ksi pertarvngan.

“Saya juga bersedia untuk memasuki sebarang latihan intensif kerana saya memang nak belajar cara berlakon dalam filem 4ksi.

“Walaupun saya mengalami leb4m yang tervk sepanjang menjalani penggambaran filem ini, tapi tak pernah terdetik rasa putvs asa sebaliknya saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap 4ksi yang saya lakukan,” katanya.

Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj. 

Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih pad4t 4ksi memvkau, komedi pec4h perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan. 

Filem Abang Long Fadil 3 akan menemui penonton bermula 8 September ini dan akan mengadakan sesi jelajah dengan kehadiran barisan pelakon pada 9 hingga 11 September di Selatan dan 16-18 September sekitar Utara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM