Aliff Syukri Ded4h Untuk Masuk Kelas Vokal, Harap Awie Terima Kehadirannya Sebagai Penyanyi

SELEPAS dikr1tik kerana nyanyian svmbang, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri bakal bertemu dengan pengarah muzik RTM iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi berbincang lanjut usaha memperbaiki mutu vokalnya.

Menurut Aliff, 35, dia terbuka hati mengikuti kelas nyanyian apabila ada individu hebat seperti Mokhzani yang memberi teguran dan menunjukkan jalan bagi memantapkan lagi vokalnya itu.

“Terima kasih orang hebat Datuk Mokhzani sudi mengajar saya menjadi penyanyi nombor satu. Nantikan kelas vokal saya ya,” tulisnya di laman Instagram.

Mokhzani sedia bantu Aliff dapatkan latihan vokal.

Sebelum itu, Aliff berkongsi paparan skrin komen yang ditulis oleh Mokhzani mencadangkan beberapa nama guru yang boleh yang dijadikan rujukan bagi mendalami ilmu muzik.

“Ramai guru-guru vokal terbaik negara saya boleh cadangkan untuk kaedah lontaran vokal bagi penambahbaikan. Ada cikgu Sarah Ismail, Dia Fadhila, Hajah Siti Hajar, Datuk Syafinaz, cikgu Delly, cikgu Juanita dan ramai yang bertauliah.

“Semangat kent4l Datuk saya yakin mampu mengubah segalanya,” tulis Mohkzani.

Dalam komen yang sama, Mokhzani turut memohon maaf secara terbuka atas tegurannya terhadap Aliff sebelum ini berhubung pelancaran lagu Baby Sayang.

Kata Mokhzani, keupayaan vokal Aliff boleh diserlahkan lagi menerusi latihan dan usaha berterusan.

“Jika ada saya salah silap menegur yang membuatkan terasa hati, saya mohon maaf. Insya Allah kita jumpa.

Apa pun saya doakan Awie selalu bahagia dan dan akhirat serta terbuka hati menerima kehadiran saya

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

“Saya tegur untuk kebaikan. Bina sikap positif dan terus melangkah. Semua orang termasuk saya datang dari bawah dan masing-masing lalu jalan berliku untuk berjaya.

“Datuk Seri dan berjaya dalam bidang perniagaan, cuma bidang muzik adalah satu yang berlainan dan perlu semangat kental.

“Akan mengambil masa sedikit bergantung kepada bakat dan usaha berganda. Selamat mencuba,” ujarnya.

Lagu Baby Sayang nyanyian Aliff dan Shima mendapat kr1tikan banyak pihak.

Sebelum ini, tindakan Aliff tampil dengan lagu baharu menerima kr1tikan banyak pihak termasuklah penyanyi Datuk Awie yang kurang senang dengan kehadiran founder dan influencer kerana dilihat seolah-olah ‘mel4curkan’ industri seni tempatan.

Dalam hantaran berlainan pula, Aliff turut meluahkan rasa sedih apabila Awie menggelarkan dirinya sebagai ‘haml4u’ (banyak cakap).

“Sampai hati Awie panggil saya ‘haml4u’. Saya dulu kumpul duit beli kaset Awie sampai mak saya mar4h kerana membazir.

“Zaman filem Sembilu, saya penyokong tegar Awie. Apa pun saya doakan Awie selalu bahagia dan dan akhirat serta terbuka hati menerima kehadiran saya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar