Usop Meluahkan Rasa Syukur Akhirnya Isteri Mula Bertudung

Sering mengingatkan tentang kewajipan menutup avrat, penyanyi Usop meluahkan rasa syukur isterinya, Nur Fatihah akhirnya mula bertudung.

Memetik laporan mStar Online, Usop berkata isterinya melakukan perubahan itu perlahan-lahan dengan memakai turban sebelum ini namun kini sudah bertudung penuh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup avrat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.

“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai. Awal dulu dia hanya pakai turban sekarang dah bertudung penuh,” katanya.

Gembira dengan penghijrahan isterinya itu, namun dia bimbang jika bidadarinya itu diuji dan memilih untuk kembali tidak bertudung satu hari nanti. Malah, Usop sentiasa mendoakan agar hati isterinya sentiasa kuat serta kekal istiqamah dalam berhijab.

“Gembira tapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takvt nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana bimbang terkena batang hidung sendiri.

“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma ambil masa sikit sebab terlalu banyak,” katanya.

Terdahulu, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu. Pasangan itu bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar