Che Ta Tampil Bersuara Setelah Netizen Tegvr Nampak Kedvt Di Wajahnya

Pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan memilih untuk menua secara semula jadi dan men0lak sebarang svntikan kecantikan semata-mata kerana mahu kelihatan muda.

Jelas Rozita atau lebih popular disapa Che Ta, semestinya seorang wanita pada usia 49 tahun secara semula jadi akan mula berhadapan masalah kedvt, namun itu bukan perkara yang perlu ditakvtkan.

“Orang kata saya tua, ya saya memang sudah tua. Saya tiada masalah mengenai perkara itu kerana walaupun sudah berusia tetapi ada juga yang baru 30-an namun sudah nampak tua”.

Demikian ulas pelakon jelita Rozita Che Wan apabila tul4r di media sosial mengenai solekan di wajahnya yang menampakkan garis penuaan.

Menginjak ke usia 50 pada tahun ini, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata, masih berpegang kepada prinsip untuk tidak menggunakan bot0ks atau teknologi untuk kekal muda.

“Saya tahu usia hampir mencecah 50 tahun. Saya terima kalau ada orang cakap muka sudah ada kedvt. Normal untuk orang seusia saya. Itu lebih baik daripada usia 30 tahun, tapi orang kec4m wajah macam 50 tahun.

“Saya memilih untuk menua secara semula jadi. Tak mahu cvcuk sana sini. Saya lebih pentingkan kesihatan. Alhamdulillah, saya masih sihat tubuh badan dan boleh bekerja,” katanya.

“Setiap orang akan tua, jadi lebih baik saya meniti hari tua dengan proses semula jadi. Tidak perlu menyvntik bot0ks dan sebagainya. Bukan apa, setiap manusia akan tiba aj4lnya, saya tidak mahu tubuh tidak diterima tanah pula.

“Pastinya saya mengetahui hukum hakam dan lebih selesa dengan paras rupa semula jadi begini. Malah, saya juga turut meminta pendapat Zain (suami) mengenai perkara ini.

“Nasihatnya, mana lebih perlu dititik beratkan? kecantikan atau kesihatan? Saya tidak mahu buah pingg4ng ros4k akibat menyvntik vitamin bagi memutihkan kulit dan sebagainya,” kata Che Ta.

Menurut Che Ta, dia juga mengaku usianya kini sudah menghampiri separuh abad dan itulah realiti yang perlu diterima.

Che Ta mengulas mengenai komen warga maya terhadapnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf & Country Resorts, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai individu yang bekerja dalam dunia glamour, dia seboleh-bolehnya mahu mengejar saham akhirat memandangkan usianya semakin meningkat.

“Setiap individu mempunyai pendapat dan prinsip tersendiri. Jadi saya memilih pendekatan sebegini setelah menitik beratkan pelbagai aspek.

“Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi s4kit. Apa yang saya takvtkan adalah menjadi nyanyvk tetapi Insya-Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya.

Sebelum ini, Che Ta menerima kec4man segelintir warganet yang membangkitkan isu kedvt pada wajahnya dalam satu gambar yang dimuat naik di sebuah blog, baru-baru ini.

Che Ta juga mended4hkan, dia tidak menjamah sebarang makanan proses selama 15 tahun untuk mengekalkan saiz tubuhnya.

“Saya kurang minum air kosong, sebaliknya lebih memilih air manis. Mungkin sebab saya aktif, tak pernah duduk diam, kesihatan saya masih baik. Dulu sebelum kahwin dengan Zain, saya buat sit up sebanyak 400 kali.

“Saya juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan. Alhamdulillah, semua okey,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

SUmber: HM, utusan