Netizen kesian tengok Nuha Bahrin & Naufal ‘perform’ tapi penonton macam tak kisah

Terbaharu kedua-dua penyanyi tersebut sekali lagi nampaknya mencuri tumpuan warganet apabila video Nuha Bahrin dan Naufal Azrin membuat persembahan ketika selingan dalam KL Fashion Week 2022 (KLFW) yang sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan orang ramai tular hangat diperkatakan oleh pengguna aplikasi TikTok.

Dalam muat naik pemilik akaun bernama, iamhelmihaikall ini menerusi ruangan kapsyen memuji kedua penyanyi tersebut, “Kecik molek orangnya.” Mana tidaknya, Nuha Bahrin kelihatan jelita dengan mengayakan busana serba merah jambu manakala Naufal pula segak bergaya memakai sut biru muda. Lebih mencuri tumpuan, mereka tidak lekang dengan senyuman ketika membuat persembahan di pentas.

Namun begitu, perhatian juga ditumpukan kepada kasut tumit tinggi yang dipakai Nuha Bahrin dimana netizen merasakan ia membuatkannya tidak selesa disebabkan saiznya dilihat besar dan bimbang akan terjatuh.

Tidak hanya itu, netizen juga mempersoalkan reaksi penonton di situ yang menyebabkan juga ada yang merasa k3sian dengan penyanyi tersebut.

“Siannya aku pulak sedih…”

“Aku cukup ghisauu kalau dia terjatuh”

“k3siannya Nuha…”

“Mungkin dorang orang baru dalam industri dan yang datang…”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL