“Kak Iti Doakan…” – ‘Post’ Video ‘Sweet’ Jumpa Anuar Zain, Rakan Selebriti Doakan Fafau Bertemu Jodoh

Penyampai radio terkenal, Fara Fauzana, atau lebih dikenali sebagai Fafau, baru-baru ini mencvri perhatian warganet dan rakan selebriti selepas hantaran video yang dibuat di Instagram miliknya.

Dalam video berkenaan, Fafau berkongsi moment manis bertemu penyanyi lagenda, Anuar Zain, ketika konsert live di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 6 Ogos.

Dalam entri tersebut, dapat dilihat Anuar Zain memanggil nama Fara Fauzana yang membuatkan penyampai radio itu ‘angau’.

Saya dah belajar untuk relaks sebab tau ramai yang suka cewaahh walaupun dalam hati geramnya aku.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau)

Beralih ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari netizen dapat dilihat dan kebanyakkannya mendoakan agar Fafau mempunyai jodoh dengan Anuar Zain.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis turut berasa terhibur dan merestui sekiranya ada perhubungan yang berlaku di antara kedua-dua selebriti tersebut.

“Alhamdulillah… Kak Iti doakan.. Kak Iti doakan…,” tulis penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Anuar Zain juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen “LOVE You Fafau…,” di bawah posting berkenaan.

Sumber: https://www.instagram.com/therealfafau/

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: beautifulnara