Shuib Simpan Rapi Pakaian Terakhir Siti Sarah, Tak Mampu Teruskan Ubahsuai Rumah Dapat Mimpi Seakan Arw4h Tak Setuju

Selepas pemergian Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib, 38, pernah berhasrat untuk mengubah suai rumah bagi memberi suasana baharu.

Bagaimanapun, Shuib terpaksa melupakan perancangan itu baru-baru ini selepas mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahy4rham Sarah tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Selepas enam bulan arw4h men1nggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.

“Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sed1h. Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arw4h tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar dia sudah men1nggal dunia,” katanya ketika ditemui pada majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah, malam tadi.

Menurut Shuib, mimpi yang dialami turut mengganggu em0sinya ketika itu dan membuatkan dia kvat untuk terus tinggal di rumah yang sudah mereka diami hampir empat tahun.

Shuib berkata, walaupun sudah setahun pemergian Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.

“Ada barang-barang arw4h masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arw4h sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arw4h,” katanya.

Shuib berkata, mengenangkan arw4h adalah perasaan terlalu mahal harganya.

“Sepanjang 38 tahun hidup, belum pernah saya mengingati sesuatu, setiap hari seperti saya mengingati arw4h yang menjadi k0rban COVID-19 pada 9 Ogos, tahun lalu.

“Saya tak tahu bagaimana nak menterjemahkan perasaan ini. Sudah tentu, saya masih sedih atas kehilangan arw4h, lebih lagi, apabila tiba tarikh penting seperti hari ini.

“Perasaan kehilangan kian terasa. Saya sudah banyak kali ulang ayat ini iaitu saya mengingati arw4h tanpa gagal, setiap hari. Bagi saya, mengingati arw4h adalah perkara sangat manis.

“Saya juga tertanya-tanya apakah semua ini. Dan jarang berlaku pada seseorang, tetapi saya percaya mengingati arw4h cukup mahal nilainya,” katanya yang ditemui pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arw4h Siti Sarah di kediamannya, malam tadi.

Tambah Shuib lagi, dia tetap merasakan arw4h masih hidup biarpun sudah setahun pemergiannya. Lebih lagi, jika melihat video yang dimuat naik dalam Instagram (IG) arw4h.

“Contohnya, admin IG memuat naik video arw4h memakai telekung, baru-baru ini. Ketika melihatkan video ini, saya sangat terkejvt kerana seolah-olah arw4h sendiri memuat naik video ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Namun, akhirnya saya tersedar arw4h sudah tidak ada, tetapi videonya seolah-olah masih hidup.

“Sebelum ini, arw4h selalu mer4juk jika saya tidak lihat IG Story. Arw4h selalu anggap, saya hanya melihat IG Story orang lain, tetapi tidak tengok IG Story miliknya.

“Namun, kini semua hanya tinggal kenangan,” kata Shuib.

Berkongsi mengenai anak-anak, kata Shuib, em0si empat permata hatinya, Uwais Alqarmi, 11; Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1, masih terkawal.

“Alhamdulillah, anak-anak sihat dan em0si juga terkawal. Semua semakin pandai dan senang dijaga.

“Ayash semakin sihat. Kini, Mama menjaganya di kampung halaman saya di Johor. Selang dua atau tiga minggu, saya akan menghantar orang untuk mengambil Mama dan Ayash.

“Mujurlah teknologi semakin canggih, jadi saya senang berhubung dengan Mama, setiap hari untuk mengetahui keadaan Ayash,” katanya.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembvskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, akibat C0vid-19.

Allahy4rham menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM, BH