Dr Amalina Tampil B1das Netizen Setelah Dikriitik Pilih Kerakyatan British Untuk Anak

Nama pakar bed4h kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri menjadi bualan warganet setelah wanita itu memberitahu dirinya memilih kewarganegaraan British untuk anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Mana tidaknya, jawapan yang dimuat naik menerusi sebuah posting di Instagram dis4lah tafsir oleh netizen.

“Anak-anak kami akan menjadi British.”jawab Dr. Amalina apabila s4lah seorang pengikut Instagramnya bertanya soalan itu.

Sedar jawapannya menerima kec4man ramai, pakar bed4h berusia 35 tahun itu tampil menjelaskan hal sebenar dengan mengatakan dirinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memilih status kerakyatan anaknya sebagai warganegara Malaysia.

Dr. Amalina berkata, sudah tentu dia suka sekiranya anaknya memegang status warganegara Malaysia, namun dia mempunyai kek4ngan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.

Jelasnya, dia kini sedang sar4t hamil dan masih bekerja selain penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk mereka dan bayi.

“Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK). Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin.

“Saya kini sedang sar4t hamil (trimester trimester) dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Ujar Dr. Amalina lagi, dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam.

Malah, Dr Amalina berkata anaknya tetap berd4rah kacukan Melayu walaupun menetap di UK dan berwarganegara British.

“Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni. Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu.

“Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan.”jelasnya.

Dikesempatan itu, Dr. Amalina turut menjelaskan kepada segelintir warganet yang tidak henti-henti melemp4rkan fitn4h kepada dirinya.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri.

“Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bers4ing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini.”jelasnya lagi.

Terdahulu, Dr. Amalina mengumumkan dirinya hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Alexander Charles yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat perisian di Masjid Central London pada April tahun lalu.

Sumber: Instagram @dramalinabakri

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM