Ramai Puji Kecantikan Puteri Balqis Kini

Sebut saja nama pelakon Puteri Balqis, pasti ramai tahu sememangnya remaja itu mempunyai bakat lakonan yang cukup mengagumkan.

Kini semakin meningkat remaja, penampilan Puteri Balqis menjadi perhatian ramai apatah lagi kembali muncul di kaca televisyen.

Baru-baru ini tul4r perkongsian seorang netizen di aplikasi TikTok yang memuji Puteri Balqis yang semakin cantik apabila meningkat remaja.

Tidak kurang juga ada netizen berpendapat Puteri Balqis dikatakan cantik seperti pelakon Indonesia, Vanesha Prescilla.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejvt melihat Puteri Balqis semakin cantik sehingga tidak mengec4m pelakon itu pada awalnya.

Pada Disember tahun lalu, penampilan terbaru Pelakon Wanita Terbaik di Anurgerah Skrin 2014 itu ternyata mengejvtkan ramai.

Menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya, Balqis dilihat tampil berbeza apabila dilihat menggayakan skirt pendek berserta stokin net panjang berwarna hitam dengan corak tengk0rak.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Puteri Balqis

Puteri Balqis merupakan seorang aktres remaja popular di Malaysia yang memulakan karier seni sejak usia dua tahun iaitu selepas menjayakan sebuah sesi ujibakat.

Kemunculan sulungnya di layar k4ca adalah pada tahun 2011, menerusi siri televisyen Gemilang yang diterajui Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Puteri Balqis binti Azizi. Menggunakan nama komersial, Puteri Balqis.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 April 2007. Kini berumur 13 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model komersial yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

4. Antara drama dibintanginya seperti Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Andainya Takdir dan Sweet Dreams.

5. Termasuk telefilem Di Sebalik Tirai Kasih, Anak Lorong, Aku Tahu, Saloma, Kulit, Ana Anak Ibu dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Strawberi Cinta, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng, Makrifat Cinta dan KL Special Force.

7. Pemegang trofi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19.

8. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan mengh1dap masalah j4ntung.

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa Aqish.
  • Anak perempuan tvnggal kepada pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz.
  • Arw4h datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin pernah seangkatan dengan Allahy4rham Tan Sri P. Ramlee semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
  • Bergelar pelakon sejak usia dua tahun selepas menjayakan sebuah sesi uji bakat.
  • Pernah membuat kemunculan dalam video muzik penyanyi Hafiz Suip berjudul ‘Matahari’ dan Anuar Zain menerusi ‘Andainya Takdir’ serta ‘Cinta Takkan Berakhir’.
  • Mengidolakan bintang Hollywood, Dakota Fanning dan Natalie Portman, termasuk seniman Tan Sri P. Ramlee.
 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya, iluminasi, Tiktok makmattempe