Bersih Daripada Kontr0versi, Hijrah Mizz Nina Kekal Jadi Inspirasi Para Wanita

Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi Mizz Nina menjadi sebutan dalam kalangan wargamaya di laman media sosial. Kisah penghijrahannya sejak 10 tahun lalu menjadi contoh teladan dan inspirasi kepada semua wanita.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Izzlara Mungawan, dia memuji dengan perubahan drastik yang dibuat oleh pemilik nama Shazrina Azman yang tidak menimbulkan sebarang kontr0versi membabitkan dirinya.

“Saya memuji Mizz Nina dalam penghijrahannya. Dia berubah menjadi orang baharu. Anak kepada salah seorang ‘tycoon’ Malaysia, kalau nak diikutkan segala macam jenis kontr0versi dia boleh bikin (buat).

“Namun, saya tidak pernah mendengar apa pun khabar angin pan4s sewaktu penghijrahan beliau. Syabas Nina! Kadang-kadang yang terbaik adalah lebih ‘mahal’ daripada ‘murah’.

“Nak hijrah itu sangat dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, membuka sejuta pintu fitn4h. Seharusnya kita membendvng dan memelihara diri dari membuka lorong-lorong fitn4h sama ada untuk diri kita mahupun orang lain. “Nina berkahwin dengan Noh, bukan dalam kalangan ‘alim ulama’ yang 24 jam kata-katanya penuh dengan hadis dan al-Quran, namun Noh menjaga dan mendidik Nina menjadi seorang isteri yang jauh solehahnya. Dia mempunyai segalanya tetapi dia tidak pernah membawanya ke jalan yang sal4h,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Izzlara menyatakan dakwah yang disampaikan Mizz Nina mudah diikuti ramai orang walaupun pengisiannya bukan dipenuhi dengan bahasa Al-Quran dan hadis.

“Dakwahnya menjadi ikutan. Dakwahnya ada kelas. Dakwahnya mengajak dan buat orang merasa terpanggil. Dakwahnya berkualiti walaupun hujahnya bukan disulami bahasa al-Quran dan hadis.

“Elakkan sebarang kontr0versi dan sebagainya agar dakwah itu sampai. Buat kesekian kalinya, satu demi satu Allah buka ke4iban hamba-Nya yang melamp4ui batas. Secara sengaja mahupun tidak, ke4iban itu dibuka sendiri tanpa p4ksa.

“Allah kurniakanlah dia hidayah, bagaimana sewajarnya tindakan seorang yang berpengaruh dan menutup rapat aur4tnya. Bukan sebaliknya Kau membuka ke4ibannya di saat dia sendiri tanpa sedar membuka 4ibnya.

“Semoga Allah berikan kita semua hidayah dan tahu bertindak mengikut iman bukan n4fsu,” tulisnya lagi.

Di laman Twitter, perkongsian itu telah tul4r dan rata-ratanya kagum dengan perjalanan hijrah Mizz Nina.

@izxfrh: Mizz Nina lah contoh teladan yang baik. Betul juga, selama dia berhijrah, takda pun kita dengar dia buat kontr0versi nak bangkitkan fitn4h dekat diri sendiri.

@qamilaqabello: Mizznina membuat saya merasa seperti semua orang di dunia ini berhak mendapat peluang dari Allah.

@syaqilss: Saya tidak mengidolakan mana-mana artis termasuk Mizz Nina, tetapi setakat ini dia telah memberikan contoh yang sangat baik untuk kita semua,” antara respon yang ditinggalkan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak