Akhirnya Sufian Suhaimi Dah Mula Terfikir Untuk Cari Pasangan

Bergelar seorang selebriti, penyanyi Sufian Suhaimi akur apabila kisah peribadinya sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, tul4r di media sosial sekeping foto memaparkan dia makan bersama seorang wanita. Bagaimanapun, Sufian berkata dia hanya makan bersama rakan perempuan.

Memetik mStar Online, Sufian berkata dia sudah mula terfikir mencari pasangan hidup apatah lagi usianya sudah mencecah 30 tahun.

“Kehidupan saya sama sahaja. Saya keluar dengan kawan perempuan dan kebetulan ada satu gambar dirakamkan menjadi vir4l. Itu asam garam dunia hiburan. Apa boleh buat, terpaksa hadap sahaja.

“Sekarang ini tidaklah terlalu untuk mencari pasangan. Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin,” katanya.

Sufian sudah mula fikir cari pasangan.

Terdahulu, Sufian mengakui terasa apabila melihat ramai rakan seperjuangannya sudah pun mendirikan rumah tangga.

Sufian mended4hkan dia pernah menj4lin hubvngan dengan seseorang selama tiga tahun namun hubvngan mereka terputvs di tengah jalan.

Sufian ditemui ketika sidang media Innai Nunha yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terlibat secara langsung dalam bahagian pengurusan produk keluaran Neelofa itu, Sufian yang juga mempunyai perniagaan sendiri memberitahu dia lebih selesa untuk tidak terlalu menyerlahkan diri sebagai seorang usahawan.

“Saya lebih selesa dikenali sebagai penyanyi. Biarlah ia terus kekal begitu. Lagipun dalam produk ini saya tak mahu overshadow kerana dari awal kita sudah bincang untuk ketengahkan nama Neelofa.

“Jika produk itu atas nama sendiri, barulah saya akan terlibat dengan promosi,” ujarnya.

Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Sementara itu bercakap tentang kerjaya seni, penyanyi lagu Di Matamu ini memberitahu dia baru sahaja menyertai syarikat Rusa Music dan dalam merancangan untuk melancarkan lagu baharu.

Sufian yang sebelum ini bernaung di bawah label Aries Music melihat syarikat pengurusan baharunya itu lebih berpengalaman dan memiliki fasiliti lengkap untuk terus mengembangkan karier seninya.

Sufian lebih selesa dikenali sebagai penyanyi berbanding penglibatan dalam dunia perniagaan.

Sumber: mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook