Jasmin ‘Syukur’ Dapat Warisi Bakat Memasak Kuswadinata

“Saya dulu selalu kena halau dengan arw4h papa, apabila masuk ke dapur nak tengok dia memasak,” kata Jasmin Kuswadi, 37, anak kepada pelakon era 1960-an, Allahy4rham Kuswadinata yang kini berniaga di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana Ampang.

Jasmin berkata, apapun dia bersyukur kerana dapat juga mewarisi bakat memasak Allahy4rham bapanya itu yang cukup dikenali pada kalangan rakan artis dan penggiat seni sebagai individu yang ‘pakar’ di dapur.

“Arw4h papa saya, walaupun orangnya serius dan banyak melakonkan watak ‘jah4t’ dalam filem serta drama, tapi dia seorang lelaki dan bapa yang budiman, baik hati, ringan tulang, pandai memasak dan cekap menjaga anak-anak dalam semua sudut.

“Sama ada pakaian, makanan dan segalanya untuk saya serta adik-beradik yang lain, papa yang urus dan jaga. Hinggakan, ramai menyifatkan ibu saya, Kamariah Mohd Said adalah wanita sangat bertuah kerana mempunyai suami seperti papa yang mahir membuat kerja rumah dan cekap menjaga anak,” katanya kepada Harian Metro.

Jasmin yang terbuka berkongsi kenangan bersama Allahy4rham bapanya berkata, dia bersama adik-beradiknya yang lain memang tiada seorang pun berminat dalam lakonan dan kesemua mereka hanya mewarisi bakat memasak arw4h.

“Alhamdulillah, saya dan semua adik-beradik, kami pandai memasak. Untuk berlakon pula, memang tak ada yang mewarisi walaupun saya pernah ikut papa berlakon dalam telefilem Erti Sebuah Kebebasan ketika berusia 15 tahun.

“Saya tak minat berlakon sebab tidak gemar menunggu di set penggambaran. Arw4h papa pun tak beri galakan kepada kami adik-beradik untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon. Tapi, alhamdulillah, saya ikut jejak langkah papa sebagai tukang masak,” katanya.

Berbicara mengenai perniagaannya, Jasmin berkata dia bersama suami, Mohd Osman Amirrudin sudah aktif berniaga pelbagai makanan seperti roti canai, roti sarang burung extravaganza dan makanan barat, hasil air tangan mereka sejak dua tahun lalu.

Katanya, tapi yang paling istimewa juga dia turut menyediakan resipi hidangan arw4h bapanya seperti sambal, kuah dal, kari ayam, kari daging dan banyak lagi dengan harga sangat berpatutan serta rasa yang enak.

Menurut Jasmin, selepas susah payah diharungi akibat penul4ran Covid-19 sebelum ini, tetap ada hikmah di sebaliknya.

Kata ibu enam anak ini, dia bersyukur perniagaannya semakin mendapat perhatian apabila mempunyai ‘repeat customer’.

Terdahulu, Allahy4rham Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang cukup dikenali dengan panggilan ‘abang Kus’ menerusi filem Seniman Bujang Lapok men1nggal dunia pada 16 Februari 2013 ketika berusia 74 tahun kerana masalah buah pinggang dan k4nser usus.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Harian Metro