“Hint kedua, dia pernah cakap…”-Netizen Mula Syak Hafiz Mahamad Adalah ‘Sultan Pemurah’

Pemilik akaun Sultan Pemurah di platform TikTok nampaknya tidak henti-henti menjadi tekaan netizen siapakah individu disebalik pengguna nama akaun tersebut. Sikapnya yang tidak berkira memberikan gift atau hadiah yang jumlahnya besar kepada pengguna platform tersebut mengvndang dia menjadi perhatian umum.

Malah terdapat beberapa nama yang didakwa sebagai Sultan Pemurah iaitu anak kepada usahawan terkenal yang dikenali sebagai Kacak namun selepas mereka bertemu di sesi live baru-baru ini menyebabkan Hafiz Mahamad pula menjadi tekaan ramai.

Walau bagaimanapun, Hafiz Mahamad kembali menjadi buah mulut pengguna TikTok apabila ramai yang syak dia sememangnya pemilik akaun Sultan Pemurah yang sering memberikan gift kepada pengguna di platform tersebut.

Semakin yakin juga apabila netizen ada mendengarkan suara mereka mirip selain tidak boleh ketawa kuat-kuat berikutan anak tengah tidur dimana Hafiz Mahamad merupakan usahawan terkenal dengan sifat pemurahnya dan mempunyai anak.

Hantaran video tersebut bagaimanapun turut mencvri tumpuan ribuan pengguna yang berteka-teki mengenai pemilik akaun tersebut dan dalam pada masa yang sama, ada juga yang mengimbas kembali percakapan Sultan Pemurah dalam sesi live apabila dia dikatakan pernah menyebut tagline popular Hafiz Mahamad berbunyi, “Kejayaan demi kebahagiaan.”

“Hint kedua, dia pernah cakap…”

“Yang ni aku caya sebab…”

“Aku duk rasa dah Hafiz ni sultan pemurah”

“Memang cara dia…”

Sumber: Tiktok

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL