Terima Banyak Singa Dari Sultan Pemurah, Reaksi Aeril & Wawa Cvri Perhatian Ramai

Sejak kebelakangan ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sultan Pemurah menjadi bualan warganet apabila dia begitu mudah memberi hadiah kepada orang ramai di aplikasi TikTok sehingga menjadikan dirinya terkenal dalam sekelip mata.

Mana tidaknya, setiap kali namanya menjelma di mana-mana live yang dilakukan oleh seseorang, pasti akan ada hadiah lumayan yang diberikannya kepada individu tersebut.

Tidak terkecuali, pasangan pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menerima pelbagai jenis hadiah daripada Sultan Pemurah ketika membuat live di aplikasi TikTok, semalam.

‘Sesi interview’ yang berlaku di antara pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama individu m1steri yang dikenali sebagai Sultan Pemurah menerusi TikTok mencvri perhatian ramai.

Menerusi sesi berkenaan yang dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok lain, Aeril dan Wawa berbual dengan pengguna akaun @sultan_tiktok_legit itu sambil bertanya siapakah insan di sebalik gelaran tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aeril di laman TikToknya, dia kelihatan begitu terkejvt selepas melihat jumlah coin yang diterimanya daripada Sultan Pemurah.

Sambil menyatakan rasa terima kasih atas ‘gift’ yang diberikan, mereka turut bertanya dan meneka bahawa dia sebenarnya ialah anak lelaki Datuk Seri Vida iaitu Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak.

“Tak nak tunjuk muka ke ramai sekarang ni satu Malaysia nak tahu siapa Sultan Pemurah yang sebenarnya. Dah vir4l Sultan Pemurah,” kata Aeril dan Wawa.

“Itu rahsia tak boleh bagitahu, tapi thank you sebab invite (sesi live TikTok). Thank you menceriakan hari saya Wawa dan Aeril,” kata individu terbabit.

“Tapi ramai kata Sultan Pemurah ni Kacak betul ke? Anak Datuk Vida, nama dia Kacak,” tanya Aeril selanjutnya.

“Tak tahulah… okay-okay anak Sultan dah terjaga. Sorry-sorry. Okay bye bye,” balasnya.

Pemberian daripada Sultan Pemurah itu turut mencetvskan tanda tanya warganet mengenai kekayaan yang dimilikinya kerana sanggup menghabiskan wang beribu ringgit kepada pasangan itu meskipun mengetahui mereka mempunyai perniagaan tersendiri.

Terdahulu, dermawan yang dikenali sebagai Sultan Pemurah itu menjadi tul4r selepas dikatakan banyak memberikan hadiah mewah kepada pempengaruh khasnya di TikTok.

Disebabkan sikap pemurahnya itu, ramai yang mula mencari siapakah individu lelaki dermawan di sebalik nama Sultan Pemurah itu.

Selain Kacak, beberapa nama lain turut diteka warganet misalnya Shuib dan Aeril Zafrel sendiri.

Video sama turut dikongsikan Sultan Pemurah dan sehingga kini ia sudah pun menerima tontonan lebih 300,000 kali.

Netizen ded4h identiti sebenar ‘Sultan Pemurah

Terdahulu Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi telah mengadakan sesi live bersama insan yang menyumbangkan gift besar berkenaan.

Menerusi perkongsian imhaze97 di laman TikTok, influencer itu dilihat berkali-kali mengucapkan terima kasih selain akui teruja selepas kejadian tersebut.

Lebih melucukan, ‘individu m1steri’ itu sempat berseloroh telah gunakan kad kredit bapanya untuk memberikan hadiah.

Netizen ded4h identiti sebenar ‘Sultan Pemurah’, rupanya..

“Dia nak sorokkan identiti dia…harap dimurahkan rezeki”

Pada masa sama, Ryan juga sempat memuji perilaku Sultan Pemurah yang enggan menunjukkan wajah sebenar semasa siaran langsung.

Difahamkan, dia tidak mahu timbulkan rasa r1ak dan nekad merahsiakan identitinya. Di akhir video, influencer berkenaan sempat menitipkan doa selain berharap insan tersebut dapat menegurnya apabila bertemu kelak.

“Macam kenal je suara tu bila dia gelak…murah rezeki dia sebab bagi mudah urusan orang bina masjid”

Tengok kepada pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sifat baik yang ditunjukkan oleh ‘lelaki m1steri’ itu.

Sultan Pemurah bukan Shuib tapi anak lelaki Datuk Seri Vida iaitu Kacak?

Sebelum ini, ketika Sultan Pemurah sertai sesi live bersama influencer terkenal, Ryan Bakery netizen membuat spekvlasi bahawa suara Sultan Pemurah itu adalah mirip kepada pelawak serta usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

Tetapi, kali ini netizen mendakwa bahawa Sultan Pemurah itu adalah anak lelaki usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Kacak selepas mendengar suara lelaki pemurah itu ketika sertai sesi live bersama pasangan pelakon tersebut.

Bagaimanpun, Sultan Pemurah enggan untuk ded4hkan identitinya kepada umum dan tiada siapa yang tahu maklumat yang terperinci berkaitan dirinya.

Sumber: TikTok @aerilzafrel8@Sultan Pemurah@selimut_cheese

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM, MH