Suria KLCC Gelap! Betul Ke Bl4ckout Seluruh Malaysia? Ramai Kongsi Pengalaman Di Media Sosial

MEDIA sosial kec0h pada Rabu tengah hari apabila sebilangan besar netizen melaporkan berlaku ganggvan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Kejadian itu kec0h diperkatakan kerana dipercayai berlaku di banyak kawasan khususnya di ibu negara.

Namun, ada yang mendakwa kejadian itu berlaku serentak di seluruh Malaysia.

Semakan mStar di laman Twitter mendapati netizen memb4njiri platform sosial itu untuk berkongsi pengalaman mereka.

“Apa cerita ni banyak area KL blackout ni sekarang?

“Satu Malaysia bl4ckout ke macam mana ni?

“Apa yang berlaku? Semua tempat bl4ckout,” tulis beberapa netizen.

Di Twitter, seorang individu dikenali sebagai @mwnkenobi turut berkongsi foto suasana gelap akibat ganggvan bekalan elektrik yang berlaku dalam pusat beli-belah Suria KLCC.

Dalam pada itu, beberapa individu di Negeri Sembilan dan Pahang dan Pulau Pinang turut mendakwa berhadapan kejadian serupa.

Dalam pada itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku.

“Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat ganggvan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” ujar TNB menerusi Facebook.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar