“Laki Dia Loving..” Video Fasha Sandha Buat Suami Sempena Ulangtahun Ke-35 Buat Netizen Rasa Teruja!

Sempena ulang tahun suaminya, Aidil Aziz yang ke-35 tahun, Pelakon jelita, Fasha Sandha menitipkan ucapan ringkas beserta video istimewa sempena ulangtahun kelahiran suaminya itu.

Video ‘Sweet’

Menerusi hantaran di Instagram, Fasha dilihat memuatnaik video momen ‘sweet’ suaminya yang sering menyuapnya makan setiap kali makan bersama.

“How long will I love you? As long as stars are above you. And longer if I can. How long will I need you? As long as the seasons need to. Follow their plan.

“Happy birthday to my husband @itsaidilaziz. I love you 😍 😘  “-Tulis Fasha

Netizen Mahu Contohi Fasha Rekod Momen Istimewa Bersama Suami

Apa yang turut mencvri perhatian adalah komen seorang netizen yang turut mahu mencontohi tindakan Fasha di mana dia sering merakam video Aidil menyuapkannya makanan.

“Pasni nak ambik gak la gambar suami suap. Buang tebiat ke tak, belakang cita. Yang penting, video macam ni. Sweet sangat-sangat.”-Komen netizen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Kenangan Yang Tak Dapat Dinilai Dengan Wang

Fasha kemudian turut membalas komen netizen itu dengan berpendapat setiap momen yang dirakam itu adalah kenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

“Hihi, banyak lagi video suap tapi reels boleh masuk 90 saat je hihi. Tapi ni semua kenangan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Hargai selagi ada. Cara sederhana kami.

“Yes sis, buat k. Tak kisahlah apa orang kata yang penting kita hargai pasangan kita.”-Balas Fasha

Sekadar info, Fasha dan Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan difahamkan bernikah di kampung halaman Fasha di Perlis. Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Malah Fasha juga dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma hasil perkahwinan pertamanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my