Ini Puncanya Doktor Sarankan Iqbal Untuk Kahwin Cepat

Selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli mengakui pernah melakukan ujian kesvburan sungguhpun masih belum mendirikan rumah tangga.

Menerusi sesi soal jawab yang diadakan di Instagram, Iqbal menjelaskan yang doktor menasihatinya untuk berkahwin dengan segera kerana dia didapati terlalu svbur.

“Sebelum perkahwinan (yang tak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesubvran. Alhamdulillah semua baik. Malah doktor sarankan saya berkahwin cepat sebab terlalu svbur.

“Sampai sekarang doktor gelakkan saya apabila berjumpa. Doktor risau saya menjadi str3s. Entahlah berkahwin kan jadi str3s. Tak berkahwin str3s lain pula. Apapun tentang zuriat, terserah pada Allah yang beri,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal turut memberi gambaran secara am mengenai pemeriksaan kesubvran serta kos yang dikeluarkan bagi proses tersebut.
 
“Kos test kesubvran air m4ni lelaki RM150-RM400. Tetapi dengan doktor saya, RM50 sahaja. DM jika serius. Doktor akan periksa kuantiti, bentuk dan pergerakan sp3rma (sp3rm motility).
 
“Sebelum test kita perlu puasa / tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari. Amat menyeks4kan. Elakkan minum kopi dan tidur mesti cukup rehat. Doktor saya ada bagi tip untuk banyakkan kuantiti sp3rma. Itu rahsia tak boleh cerita di sini. Rawatan in tidak semestinya untuk orang berkahwin sahaja,” katanya lagi.
 
Dalam masa yang sama, Iqbal turut memb1das tanggapan orang ramai yang menganggap pengambilan anak angkat hanyalah sekadar mahu membikin content.
 
“Ya, ada yang fikir ambil anak angkat semata untuk jadikan kontent. Mereka tidak tahu di sebalik hari-hari bagaimana saya menjaganya. Bukan senang. Tidak semua orang mampu. Sekarang apabila berbelanja, saya sudah lupa untuk beli barangan mewah saya sendiri.
 
“Lebih seronok belikan untuk Ziyad. Terima kasih sebab faham. Banyak yang terbuku dalam hati, orang hanya menilai,” katanya lagi.
 
Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram mengumumkan yang dia kini sedang memelihara anak angkat yang diberi nama Ahmad Ziyad.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak