Anna Jobling Terkejvt Sebagai Calon Tvnggal Malaysia 100 Wajah Tercantik 2022

Nama pelakon Anna Jobling kian meraih populariti selepas drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.

Terbaharu, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, akui terkejvt apabila mengetahui namanya sebaris  sebagai calon tvnggal dari Malaysia menerusi senarai 100 Wajah Tercantik 2022 oleh TC Candler.

“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejvt dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Pernah bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini berpendapat takrifan kecantikan sebenar bermula dari dalaman.

“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif.

“Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.

“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman.

“Tak kisah paras rupa macam mana, tapi kalau sayang diri, yakin, ia secara langsung akan cantik daripada segala segi,” katanya lagi.

Selain Anna, turut tersenarai ialah anggota kumpulan Kpop Blackpink, Jisoo, pelakon Amerika Syarikat, Camilla Belle dan model Vietnam, Kiko Chan.

Tahun lalu, ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan tersenarai dalam kategori itu.

Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.

Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.

Foto: Carian Internet, Instagram Anna Jobling

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH