[Video] Ini Rakaman Cctv Kelib4t Wanita Mirip Zalina Azman, Sempat Buka ‘mask’ Depan Kaunter Hotel

SELEPAS kec0h kelibat Zalina Azman dilihat di sebuah kafe, terbaharu polis mended4hkan rakaman litar tertutup (CCTV) seorang wanita mirip bekas personaliti televisyen TV3 itu memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu.

Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita berpakaian serba hitam berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg.

Bagaimanapun berdasarkan rakaman sekitar pukul 1.35 tengah hari itu, tiada kelibat kakitangan hotel berada di bahagian kaunter menyambut wanita berkenaan.

Turut kelihatan individu berkenaan membuka pelitup mukanya buat seketika.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut terus berjalan keluar meninggalkan hotel berkenaan.

Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya sudah menyemak tentang identiti wanita dalam rakaman itu yang didapati adalah seorang geland4ngan.

Katanya wanita itu adalah individu sama yang datang ke sebuah kafe seperti dilaporkan sebelum ini.

Tambah Mohd Iqbal lagi, pihaknya juga turut memperoleh rakaman daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa wanita mirip Zalina datang ke restoran itu dan polis mendapati ia geland4ngan yang sama.

“Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe dan mendapati individu yang datang adalah geland4ngan yang ditemui di tasik Seksyen 2. Semua rakaman adalah orang yang sama dan bukannya orang hilang,” katanya.

Foto terbaharu Zalina bersama Datuk Ras Adiba Radzi.

Terdahulu, bekas pengacara program Money Matters berusia 58 tahun itu dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Anak lelaki Zalina membuat laporan tentang kehilangan ibunya selepas cubaan mencari dan menghubungi wanita itu gagal ketika ingin memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Sejak itu, pelbagai usaha mencari Zalina dilakukan termasuklah rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah memulakan misi pencarian Zalina di sekitar Shah Alam sejak Selasa lalu.

“Siasatan CCTV dan semakan bersama kakitangan kafe mendapati individu tersebut merupakan geland4ngan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Justeru identitinya bukanlah OH (Orang Hilang),” jelasnya.

Sebelum ini, bekas pengacara Money Matters, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam pada Isnin.

Dimaklumkan, ahli keluarga Zalina juga sudah mengemukakan laporan kehilangan wanita itu sejak 29 November 2021 ketika anaknya ingin memaklumkan bapanya yang dimasukkan ke hospital.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan tiada laporan polis terbaharu dibuat oleh orang awam yang memberi petunjuk dalam pencarian graduan sarjana kewartawanan itu.

“Tiada, semakan dapati tiada mana-mana individu tampil membuat laporan polis. Betul, mereka (pemilik cafe dan hotel) tidak salah, sebaliknya berniat baik untuk membantu.

“Pihak polis memang mengalu-alukan ramai untuk menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemukan,” jelasnya.

Pada masa sama, Mohd. Iqbal juga memaklumkan ahli keluarga Zalina tidak lagi menetap di Shah Alam kerana sudah berpindah.

 Walau bagaimanapun enggan mended4hkan lokasi terkini tempat tinggal mereka.

“Bukan Shah Alam, tetapi maaf saya tak dapat beritahu,” katanya.

Pelvkan terakhir beri bayangan kesedihan Zalina’

Personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54, dapat merasai kesedihan dilalui sahabat baiknya, Zalina Azman ketika pertemuan terakhir, dua tahun lalu sebelum pandemik COVID-19 memvncak.

Malah, pada pertemuan itu, Ras Adiba dapat merasai pelvkan terakhir Zalina bagaikan memberikan bayangan kesedihan yang dilalui.

“Masa itu, saya dapat merasai kesedihannya ketika kami berpelvkan. Cuma, mengenali Zally (Zalina), dia cukup menjaga privasi, jadi kami ada batasan.

“Malah, dia mengajak saya ke rumahnya. Saya perhatikan berat badannya amat menyvsut seperti gambar yang saya kongsi dalam laman Instagram (IG).

“Selepas itu, kami hanya berhubung menerusi telefon bimbit, tidak lagi bertemu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ras Adiba berkata, perubahan fizikal bekas pengacara yang begitu sinonim dengan program Money Matters itu mengvndang pertanyaan ramai mengenai masalah yang dilalui.

“Namun, saya fikir soal perubahan bentuk badan sangat subjektif. Pada usia tertentu, ada antara kita yang akan jadi terlampau kurus atau tembam.

“Cuma, saya tidak mahu bertanyakan lanjut kenapa semakin kurus pada pertemuan itu. Saya menghormati privasi Zally.

“Bagi saya, kita semua tidak sempurna dalam kehidupan ini. Setiap kita pasti ada cerita yang tersendiri.

“Mungkin juga dia banyak mem3ndam rasa atau sebagainya. Tetapi, sebagai teman, kami akan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Kami akan berada di sisi ketika memerlukan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar, BH online