Polis Mengesahkan Ini Sebenarnya Wanita Yang Tul4r Di Restoran Mirip Zalina Azman

Sebelum ini, terdapat seorang individu yang mendakwa dia ada berjumpa dengan seorang wanita seperti bekas personaliti TV3, Zalina Azman pada Ahad lalu di sebuah restoran di Shah Alam. 

Terbaharu, pihak polis mengesahkan bahawa wanita yang muncul di restoran terbabit bukanlah Zalina tetapi sebaliknya merupakan seorang geland4ngan. 

Bukan Zalina tapi geland4ngan

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah membuat semakan dan menjalankan siasatan di restoran terbabit untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Selepas berita mengenai kehilangan Zalina Azman, kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan mereka melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.

Bagaimanapun, selepas kita buat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan, kita mendapati ia bukanlah orang yang kita cari.

Ujarnya lagi, pihak polis menemui wanita yang didakwa seperti Zalina, namun individu terbabit bukanlah bekas personaliti TV3 yang dicari.

Memang ada jumpa tapi wanita itu adalah geland4ngan dan bukannya Zalina Azman.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum merakam percakapan individu yang mendakwa dirinya melihat kelibat wanita seperti Zalina, namun pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Susulan daripada itu, Mohd Iqbal berharap agar orang awam dapat menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dan pencarian sehingga Zalina ditemui.

Video penuh

Sumber : Buletin TV9

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OHBulan