[VIDEO] Ditanya Apa Nama Mommy & Daddy, Jawapan Fatima Buat Ramai Ger4m

Nur Fatima Aisya atau turut mesra dipanggil Fatima merupakan si cilik yang sangat popular seperti mommy dan daddy iaitu Fazura dan Fattah Amin yang mana kehadiran cahaya mata pertama mereka pada Oktober 2020 itu kini semakin membesar dengan sangat comel dan bijak.

Telatah keluarga bahagia berkenaan sering mencvri tumpuan ramai, malah satu perkongsian terbaharu yang memaparkan gelagat mereka ini nampaknya mencetuskan ramai ‘ger4m’ dengan kecomelan puteri pasangan sama cantik, sama padan itu.

Menerusi perkongsian video pendek ini Fatima dilihat meluangkan masa makan bersama Fazura dan kedengaran suara pelakon dan usahawan jelita ini bertanyakan soalan mengenai mommy dan daddy.

Meskipun berusia setahun lebih, Fatima berjaya menjawab dengan menyebut nama kedua mommy dan daddy namun turut terselit gelagat comelnya apabila berborak ini.

Rata-rata netizen turut  membanjiri ruangan komen dengan bermacam-macam reaksi yang ada antaranya juga merasa ger4m dengan celoteh pandai Fatima berborak itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL