“Bila Dia Letak Harga Begitu, Kami Terkejvt” Ayu Puteh Akui Terkesima Dengan Jumlah Bayaran Diminta Khatijah Tan

Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh terkejvt dengan harga rendah yang diletakkan pelakon veteran, Khatijah Tan untuk filem terbaharu terbitannya berjudul Saadiah : Bekal Kasih Merdeka.

Enggan mendedhkan harga yang diletakkan pelakon berkaliber itu, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh berkata, walaupun pernah menerima pelbagai penghargaan dan anugerah, tetapi Khatijah tidak berkira atau meletakkan harga tinggi untuk membintangi filem itu.

“Saya ingatkan bila mak (panggilan Khatijah) sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan pihak saya memang mahukannya dia akan letak harga ‘pot0ng kepala’, tapi dia bukan macam itu seperti segelintir pelakon.

“Dia teruja kerana ini projek filem epik dan memegang watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Dia pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘r0h’ untuk filem ini.

“Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, ia buat kami rasa kagum. Memang bakat mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon,” katanya.

Pada awalnya dia letak sejumlah harga kerana ingatkan ini adalah projek telefilem dan tak masuk panggung, tapi skala naskhah ini besar.

“Mak masuk set dengan babak penuh air mata, jadi saya beritahu Ellie untuk menambah bayaran lakonan selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami,” katanya.

Ditanya mengenai persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Ayu kagum dan berpuas hati.

“Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak ‘diva’ dan mudah berikan kerjasama. Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit,” katanya.

Saadiah : Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota p0lis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud yang men1ngg4l dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem yang turut dibarisi Azrel Ismail, Kaka Azraff dan Faizal Hussien itu bakal ditayangkan di pawagam tahun depan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM