“Bila diorang ni bergabung…Apalagi..Melet0p la!!..”-Ramai Terhibur Melihat Gelagat Shila Amzah, Zara Zya Dan Fara Fauzana

Persahabatan dari dunia hiburan hinggalah dibawa ke dunia realiti, itulah antara nikm4t dunia bila dikurniakan insan terbaik dalam kehidupan. Antara selebriti yang bersahabat baik adalah Zara Zya, Shila Amzah, Fara Fauzana dan Jihan Muse.

Mereka ini bila berempat berkumpul memang ‘macam-macam’ boleh jadi. Dalam satu perkongsian terbaharu, kelihatan sahabat baik ini berkumpul dan membuat video trending di aplikasi TikTok. Biarpun dalam rakaman tersebut hanya tiga orang sahaja, namun tetap mencvri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan Shila Amzah, Fara Fauzana dan Zara Zya buat hal dengan menggunakan filter yang sedang hang4t digunakan kini. Siap dengan muzik latar membuatkan kelakuan mereka itu undang tawa ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman ketiga-tiga sahabat baik selebriti ini yang telah dimuat naik menerusi akaun Tiktok:

Ada-ada sahajalah idea mereka ini! Apa-apa pun perlakuan Shila Amzah, Fara Fauzana dan Zara Zya buat hal  ini telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan 38 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini diruangan komen seperti berikut:

“Bila diorang ni bergabung…Apalagi..Melet0p la!! Diam2 je pun..Diorang dah tapau habis challange ni”

“Wahhh..seronoknya. Mereka bergabung lagi”

“Dalam ni tugas kita hanya masuk dalam video berdiri tegak pusing2 sikit movement skit yang lain kerja filter”

“Jihan muse mana korang ni kannn”

Sumber: Shila Amzah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL