Hafiz Mahamad Tumpang Rezeki Isteri? Ini Respon Hafiz Yang Buat Ramai Terharu

Baru-baru ini, menerusi instagram nya, usahawan popular yang juga pengasas Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad berkongsi perihal  menarik mengenai rezeki.

Kerana Setia, Hafiz Tak Segan Mengaku Tumpang Rezeki Isteri

Ramai yang bertanya soal kerja dan rezeki kepada ahli perniagaan terkenal ini, dan Hafiz akui tidak segan mengatakan dirinya hanya menumpang rezeki isteri kerana takut kesetiaan diuji apabila diri miliki segalanya.

 

Foto – Instagram @hafizmahamad

“Kalau orang tanya saya “Hafiz berniaga/kerja apa”.

Saya cakap je “menumpang rezeki Ainaa”.

Ada yang cakap, alaa isteri dia yang hebat.

Saya tak malu, sebab biarlah isteri yang hebat dan lebih maju.

Saya okay, sebab ada yang cakap “lelaki diuji kesetiaannya bila dia ada segalanya”. Saya takut.

Lebih baik saya dianggap menumpang rezeki isteri asalkan saya jalankan tanggungjawab yang cukup, beri kebahagiaan dan terus setia dengan Ainaa.” Kongsi Hafiz

Menurut Hafiz, dirinya lebih rela dianggap sedemikian kerana lebih mengutamakan peranannya  sebagai seorang suami. Malah dia turut berharap dapat menjalankan tanggungjawab yang cukup, beri kebahagiaan dan kekal setia dengan isterinya.

Sekadar info, pasangan usahawan selebriti ini sering kali tular di media sosial kerana sering berkongsi beberapa perihal menarik selain gemar membantu orang ramai di dalam kesusahan.

Hebatlah Hafiz, semoga hubungan bersama isteri tercinta kekal hingga jannah-Nya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : muraimy