“Bukan Nak Backup ‘Budak Kalis M4kian’ Ni, Tapi…” – MV Hujan Sampai Ke Hati, Ramai Puji Positif, Suara Iqbal Unik

Akhirnya single sulung dari usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkifli sudah pun dilancarkan dan apa yang menarik, muzik video lagu berjudul Hujan itu sudah pun trending di YouTube!

Sehingga kini, Hujan sudah pun menerima hampir 500,000 kali tontonan bersama puluhan ribu tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap muzik video yang diarahkan oleh Eric Fuzi itu selain ada yang akui terasa emosi yang disampaikan Iqbal dalam lagu.

Ini antara komen yang ditinggalkan pelayar di YouTube.

“Bukan nak backup si kereta kebal kalis makian ni, tapi biasanya karya floor88 tak mengecewakan. So kalau lagu ni sedap dan trending, bukan sebab kereta kebal kalis kutukan ni hebat, tapi sebab komposernya yang hebat.”

“Tiba² teringat OST Winter Sonata pulak. Apa² pun lagu & muzik video Lirik lagu simple tp penuh makna..Tahniah Iqbal & Team Floor88. 5x sudah layan lagu ne pon sed1h.”

“Hebat lirik hebat suara mmng unik.”

“Tahniah Iqbal & team! Lirik lagu yang penuh maksud. Bukan sekadar marketing seperti yang lain. Tahniah sekali lagi.

“Alhamdulillah sedap didengar s semoga selalu dipermudahkan urusan ye terasa seb4k pun ada dengar lagu ni masuk lah kejiwa.”

“Sedap telinga mendengar..lirik lagu smpai kehati..kisah hidup dijadikan lagu meme menyentuh perasaan la..suara pun blh tahan..tahniah.”

“Wahhh tahniah abg iqbal, padu berabis part baling kasut.”

Sementara itu, Iqbal menerusi Insta Stories di Instagram turut berbesar hati untuk memberikan hadiah istimewa buat peminat atas maklum balas positif yang diterima atas naskhah lagu pertamanya itu.

“Oleh kerana banyak momen positif di YouTube, saya akan umumkan beri sesuatu hadiah bagi yang share, like dan komen positif,” tulisnya.

Foto: YouTube Rusa Music

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mediahiburan