Rakaman Ustaz ‘L4wan’ H4ntu A1r Tvlar. Ramai Mula Merem4ng Bila Teng0k Makhlvk Tu Kelvar

PETALING JAYA – Seperti yang diketahui ramai bukan semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk halus lagi-lagi di dalam ‘alam sebalik mata’.

Semalam tular sebuah video di Facebook mengenai seorang pengamal perubatan atau lebih dikenali Ustaz Rosdi didakwa mengangkat ‘h4ntu air’ sehingga berlaku penampakan susuk tubuh makhluk halus tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 40 saat oleh Md. Rosdi Hassan di laman sosial Facebook, ustaz tersebut bertindak menyeberangi sebatang sungai pada waktu malam.

Ketika kejadian, ustaz berkenaan seolah-olah menenggelamkan dirinya dan selepas beberapa saat beliau timbul dari permukaan air bersama satu ‘entiti’ yang bermata bewarna merah.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata pengguna Facebook berasa ser4m dengan pendedahan oleh ustaz berkenaan mengenai rupa sebenar jin yang lebih dikenali sebagai ‘h4ntu air’.

“Allahuakbar, cukuplah saya dapat lihat mahkluk ghaib dalam video ustaz ini sahaja. Kalau terjumpa depan mata sendiri, bukan saya takut tapi mugkin tak kuat semangat untuk berdepan dengan makluk ini,” kata Sulaiman Salleh.

“Alhamdulillah, bukan semua orang boleh zahirkan benda-benda begini. Minta ustaz tunjukkan lagi yang lain untuk pengajaran akan kekuasaan Allah S.W.T dengan kehebatan ilmu orang-orang dulu,” jelas Mohd Yusoff.

“ser4m betul bila tengok h4ntu air macam itu, ini baru jelmaan sahaja belum susuk tubuh sebenar kalau dia tunjuk dirinya yang sebenar pasti lagi menyeramkan,” ujar Nur Hidayah.

Terkini video tersebut mendapat lebih 11,000 reaksi dan dihujani lebih 2,600 komen di media sosial Facebook.

Nampak Makhlus Halus ..

Ustaz Md Rosdi Hasan LIVE Bunuh h4ntu Di Sebuah Gereja Lama – YouTube

Menurut Ustaz Md Rosdi, sepatutnya beliau tidak mahu memuat naik video makhluk tersebut kerana bimbang akan jadi f1tn4h. Ini kenyataan penuh beliau.

“Bukan semua manusia yang mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan makhluk di alam sebalik mata.

Pada mulanya saya tidak mahu mengeposkan video ini kerana ia boleh mendatangkan f1tn4h.

Namun begitu saya tetap mengeposkan video ini kerana ingin berkongsi cerita mengenai alam disebalik mata bagainama rupa bentuk wajah makhluk alam sebalik mata, cuba besarkan gambar makhluk Itu bagainama kewujudannya.

Hanya jauhari yang mengenal maknikam dari apa yang tersurat daripada apa yang tersirat”

Dibawah pula video dimana beliau didatangi pont1anak

Ustaz Md Rosdi bukan satu nama yang biasa biasa dalam paranormal ini. Beliau yang juga perawat tradisional pernah tular di media sosial dengan satu video tentang pont1anak yang tiba tiba datang.

Beliau merupakan seorang akar perubatan Islam, Ustaz Md Rosdi Hasan antara perawat yang dikenali ramai kerana sering berkongsi kisah mistik di Facebook. Dia juga berkongsi cabaran yang dihadapi demi merawat pes4kit yang memohon bantuan daripadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Kosmo