[VIDEO] Kawan Baikku Kini Jadi Ibu Tiriku…

Jodoh memang tidak mengenal usia. Itu lah perumpamaan yang dapat digambarkan untuk pasangan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap perjalanan cinta seseorang itu berbeza.

Baru-baru ini seorang gadis dari Indonesia berkongsi satu kisah dimana rakan baiknya kini sudah bertukar status menjadi ibu tirinya.

Kawan baik kini ibu tiri

Memetik laporan Tribunnews, kisah luar biasa itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, fiithryyyyy_22. Menurut Fitriani Yuda, dia dan rakannya itu sudah lama berkawan malah dia langsung tidak menyangka persahabatan mereka berakhir dengan satu ikatan ‘kekeluargaan’.

Fitriani sempat berkongsi momen bersama ibu tirinya ketika di bangku sekolah. Dalam foto tersebut kelihatan mereka berdua yang memakai baju seragam sekolah sangat akrab sambil tersenyum manis memandang kamera. Fitriani kemudian berkongsi pula gambar bapanya di atas pelamin bersama seorang gadis.

Video

Difahamkan, bapa dan rakan baiknya itu telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos yang lalu. Fitriani mengakui meskipun ibu tirinya adalah rakan baiknya sendiri namun dia begitu bahagia malah sudah merestui perkahwinan tersebut.

Komen Netizen:

Sumber: Tribunnews, Fiithryyyy_22,

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Kawan Baikku Kini Jadi Ibu Tiriku…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*