‘Hari Pertama Masuk Kerja Baru’ – Baru Jer Tamat Kontrak Deejay, Mark Adam Mohon Doa Ramai

” Keadaan baik dan terkawal. Hargai lah security-scurity guard yang ada..”

Demikian perkongsian pelakon Mark Adam di Instagram beliau sehinggakan peminat beranggapan beliau sudah menukar bidang kerjayanya kerana memuat naik foto memakai pakaian seragam pengawal keselamatan.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah berkata, dia tidak terasa hati dengan komen netizen sebaliknya berasa bangga dapat memakai pakaian tersebut.

” Bila saya post gambar saya pakai baju security guard itu, memang ada netizen komen ingat saya memang sudah tukar bidang kerja.

” Ada yang komen itu doakan saya bekerja dengan baik. Orang ingat saya kerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti dari stesen radio.

” Tapi saya tidak rasa kecil hati pun malah berbangga bila memakai baju pengawal keselamatan itu sebab terus rasa semangat,” kata Mark kepada mStar.

Mark Adam ditemui ketika majlis ulang tahun Aeon yang ke-37 tahun di Aeon AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Khamis.

Penyanyi lagu Marry Me itu memakai pakaian pengawal keselamatan disebabkan wataknya dalam sitkom Aeon berjudul Sayap Bagimu yang akan ditayangkan di TV3.

Dalam pada itu, Mark turut mengakui bukan mudah untuk membawa watak pengawal keselamatan dan menganggap pekerjaan tersebut mempunyai disiplin yang tinggi.

” Untuk sitkom Aeon, saya memegang watak sebagai pengawal keselamatan. Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

” Saya kena banyak buat research dan tanya pengarah macam mana nak bawakan watak itu. Bila saya post gambar di Instagram, ada juga pengikut yang share tip.

” Mereka yang bekerja sebagai security guard menegur saya macam mana cara yang betul memakai pakaian seragam itu dan disiplin.

” Sebenarnya kerjaya itu sangat berdisiplin. Saya sangat seronok dapat bekerja dengan watak ini,” ujarnya.

Julai lalu, secara tiba-tiba Fizie Ali dan Mark Adam terpaksa men1ngg4lkan konti stesen berkenaan apabila kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan berkuat kuasa pada 20 Julai 2021.

Justeru pada pagi Isnin itu ia merupakan kali terakhir kedua-dua penyampai ini bersiaran selepas digandingkan bersama menerusi slot Geng Pagi Hot.

Menganggap rezekinya bersama stesen berkenaan sekadar untuk tempoh enam bulan, Mark akui dia sed1h dan terkilan kerana sudah mula selesa dengan kerjaya sebagai penyampai radio.

” Saya dapat surat pada Jumaat lalu, kontrak saya sebenarnya untuk tempoh dua tahun… tapi mungkin pihak pengurusan baharu ada plan mereka tersendiri.

” Saya akui sed1h dan terkilan sebab baru sahaja nak belajar dalam bidang penyiaran radio dah jadi macam begini, tapi tidak mengapa mungkin rezeki setakat ini sahaja.

” Saya akan kembali fokus kepada Suara Academy dan bidang lakonan serta tidak menolak sekiranya dapat tawaran daripada mana-mana stesen radio selepas ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mark Adam dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre pada 15 Oktober 1979.

Beliau merupakan penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina, beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta.

Mark Adam dibesarkan di penempatan misk1n di Cebu, Filipina. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang pada 2001 semata-mata mahu mencari rezeki di Kuala Lumpur.

Beliau pernah berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro:

” Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang. Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30),”.

 

Sumber:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://thebolalive.com