[VIDEO] Alisa ‘Rileks’ Panggil Abang Sendiri Guna Nama, Yusof Iskandar Minta Adik Panggil Abang – “Jangan Sebut Yusof, Sebut Abang”

Telatah anak selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka. Gelagat dua beradik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang begitu bersahaja sering kali menghiburkan warganet.

Terbaru, menerusi perkongsian Hanis Zalikha di Instastory memaparkan gelagat anak bongsunya, Alisya yang memanggil abangnya dengan panggilan nama sahaja. Yusof ketika itu dengan spontan meminta adiknya memanggil dirinya dengan panggilan abang.

Jangan sebut Yusof, sebut abang.

Alisa ketika itu lantas memanggil Yusof dengan panggilan abang dan panggilan tersebut telah disahut oleh abangnya. Pada masa yang sama, Hanis turut berkongsi aktiviti pagi mereka anak-beranak dan mendengar doa yang diminta Yusof. Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.

Video penuh

Sumber: Hanis Zalikha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : obulan