[Vide0] Mirip pelakon Squid Game… wanita ini lay4nkan ‘permintaan’ satu ofis, sampai menggel3tar dapat respons Kim Joo-ryoung – “Bukan tak minat drama Korea cuma…”

Drama Korea Selatan ‘Squid Game’ ibarat fenomena sehingga kini menjadi trending di seluruh dunia.

Bukan setakat jalan cerita yang ditayangkan di Netflix itu menarik perhatian, malah barisan pelakonnya juga menjadi bualan hangat.

Penangan hebat drama bersiri itu membuatkan seorang rakyat Malaysia menjadi popular, gara-gara wajahnya dikatakan mirip watak pemain nombor 212, Han Mi-nyeo lakonan Kim Joo-ryoung.

Wanita berkenaan, Atty Azni Abu Azal tidak menyangka dirinya mendapat perhatian sekelip mata kerana dia mengakui tidak mengikuti drama-drama Korea.

Lebih mesra disapa Atty, katanya, dia hanya mendapat tahu mengenai populariti drama tersebut selepas dimaklumkan oleh majikan dan rakan-rakan sekerjanya.

“Bos dan kebanyakan rakan-rakan sekerja layan drama yang tengah in ni. Terutama bos saya, dia siap minta saya tengok cerita tu.

“Dia kata Atty, you kena tengok Squid Game, ada satu karakter ni muka ‘sebijik’ (serupa) macam you. Hari-hari dia dok cakap,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Atas des4kan dan perasaan ingin tahu, wanita berusia 42 tahun itu mula mengikuti akaun Instagram pelakon berkenaan yang mempunyai ser4mai 1.3 juta pengikut.

“Saya buka IG Kim Joo-ryoung. Bila scroll up akaun dia, saya akui wajahnya ada sikit macam muka saya, jika dilihat dari sudut tertentu.

“Bos siap ajak saya untuk buat video TikTok pasal persamaan muka tu. Tapi saya buat-buat diam je, sampai satu ofis cakap-cakap pasal muka sama tu.

“Tapi sekadar suka-suka untuk hiburan dan nak pu4skan hati semua orang, saya pun layankan aje. Mereka g1gih pergi beli kertas warna kuning dan potong ikut bentuk bintang untuk rakaman video yang dibuat di bilik meeting pada waktu makan tengah hari,” katanya yang merujuk kepada salah satu babak membabitkan pelakon wanita itu dalam episod dua Squid Game.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak menyangka video tersebut yang dikongsikan oleh seorang rakan sekerjanya di aplikasi TikTok pada Khamis lalu mendapat liputan meluas sehingga meraih lebih 3.7 juta tontonan setakat ini.

mirip pelakon squid game 8

Foto kiri Kim Joo-ryoung, kanan Atty. Foto instagram kimjooryoung / at_azni

“Lepas lunch, ofis macam ‘Bursa Saham’, semua kecoh pasal view video tu naik menc4nak. Paling klim4ks apabila pelakon tu sendiri repost (berkongsi semula) video tu di story IG dia.

“Saya rasa menggel3tar bila pelakon Korea tu sendiri kongsi video yang ada muka saya. Tak sangka dia perasan video tu dan repost,” ujar Atty yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Saya rasa menggel3tar bila pelakon Korea tu sendiri kongsi video yang ada muka saya. Tak sangka dia perasan video tu dan repost

ATTY AZNI ABU AZAL

Atty yang bekerja dalam industri penyiaran kemudian tergerak hati untuk mula menonton siri drama popular itu sejak Sabtu, hari sama videonya dikongsi semula oleh pelakon berkenaan.

“Jujurnya semasa semua orang dok kecoh pasal Squid Game, saya masih belum tengok drama tu. Tapi bos dan kawan-kawan ofis adalah beritahu.

“Saya bukan tak minat drama Korea, cuma saya tak nak terikat dengan program atau drama bersiri. Saya lebih suka menonton drama dan filem ser4m,” katanya yang menyukai filem ser4m dari Indonesia, Sebelum Ibl1s Menjemput.

mirip pelakon squid game 4

Atty (kiri) bersama suami dan anak-anak ketika bercuti di Korea Selatan, Disember 2019.

Bagaimanapun, Atty yang pernah bercuti ke Korea Selatan bersama keluarga pada Disember 2019 sebelum p4ndem1k C0vldl9 akan menonton kesemua episod drama Squid Game.

“Saya baru tengok episod satu, saya akan cuba menonton sehingga ke episod akhir untuk hiburan semata-mata. Saya terbaca komen-komen netizen pasal ‘makcik toilet dah bertaubatlah, dah berhijablah’ dan saya anggap ia sekadar gurauan lucu,” katanya yang merujuk kepada satu adeg4n p4nas dalam Squid Game yang dimainkan oleh watak Han Mi-nyeo.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar