Abil teruja masuk universiti, belajar Bahasa Itali di UM

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara berkaliber Nabila Huda berkongsi rasa gembira apabila diterima untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaysia (UM).

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, Nabila atau mesra disapa Abil berkongsi mesej yang diterima daripada Ketua Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM yang mengalvk4nnya untuk mengikuti kursus Bahasa Itali tahap satu dan dua di fakulti tersebut.

Abil ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia memang telah merancang untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik di UM dengan kerjasama pihak Kedutaan Itali memandangkan pelakon itu aktif membuat vlog ke negara tersebut selama tiga tahun berturut-turut sebelum pandemik Cov1d-19 melanda seluruh dunia.

“Bukan ditawarkan (mengikuti kursus Bahasa Itali), sebaliknya memang saya dah merancang dengan Kedutaan Itali untuk mengikuti kursus bahasa di UM.

“Sudah tiga tahun berturut-turut saya ke Itali bersama produksi Libero untuk melakukan penggambaran vlog dengan melawat beberapa tempat yang jarang diketahui di Itali,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Ujar anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu lagi, kerana kerap ke negara tersebut, dia telah menjalinkan hubungan baik dengan pihak Kedutaan Itali di Malaysia.

“Jadi ini adalah sebahagian daripada projek saya pada masa akan datang apabila saya mendaftar untuik mengikuti kursus Bahasa Itali dengan sokongan Kedutaan Itali di Malaysia,” jelasnya.

Disoal tentang perasaannya, pelakon yang kini turut bergelar pengacara itu tidak dapat menyembunyikan rasa gembira kerana bakal mengikuti kursus tersebut lebih-lebih lagi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.

“Universiti Malaya adalah universiti pertama saya. Jadi sudah tentu saya berasa teruja, lebih-lebih lagi kelas akan dibuat secara bersemuka di dalam kelas dan bukannya secara dalam talian,” katanya.

Tambah Abil lagi, dia akan memulakan kelas pada 18 Oktober ini dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Komen Netizen:

“Setakat ini saya hanya mengikuti kursus jangka pendek sahaja iaitu peringkat satu dan dua. Apa-apa pun tengok pada jadual saya. Bila saya ada masa terluang nanti, mungkin saya akan sambung ke peringkat seterusnya,” jelas Abil sebelum ini hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu turut mengakui sangat sukakan Bahasa Itali dan faham beberapa perkataan asas bahasa tersebut. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.kosmo.com.my/