“Saya Bukan Nak Menunjuk..” -Tokti Kecewa Ramai Salah Anggap

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dengan laporan media yang menulis cerita tidak betul tentang produk kecantikannya, Simplysiti.

Dengan tajuk sensasi, 25 tahun Siti, 4 tahun jadi RM50 ribu, Siti mendakwa kesilapan itu telah menjejaskan bukan sahaja pengurusan syarikat, malahan kaki tangan, ejen sekaligus memberikan nama burvk terhadap jenamanya.

Lebih dasyat, tiada langsung disebut RM50 ribu dalam kenyataan akhbar yang diberi kepada wartawan, jadi mana datangnya angka itu?

Foto :IG

Menurut Siti lagi, pihaknya terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut kerana ianya telah ditularkan pengguna media sosial lain hingga menimbulkan salah tanggap terhadap mereka.

“Pihak kami sudah pun menghubungi wartawan yang menulis berita tersebut dan beliau sendiri telah meminta maaf dan saya diberitahu Kosmo dan Utusan Online telah menukar dan membetulkan semula berita tersebut, terima kasih saya ucapkan”

Bagi Siti, penjelasan pihaknya sudah cukup menyatakan kebenaran. Terdahulu, Akim Ahmad juga pernah bengang dengan penulis portal menulis cerita salah mengenai Stacy.

Jadi, diharapkan peminat Siti sudah boleh bertenang ya sekarang. – CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Be the first to comment on "“Saya Bukan Nak Menunjuk..” -Tokti Kecewa Ramai Salah Anggap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*