Baju Kahwln Warna Hitam Tak Bawa Tuah? Ini Pasangan Pengantin Yang L4nggar Stereotaip Berbusana Hitam Pada Hari Bahagia

Ada kata hitam itu bukan warna pun, ia umpama bayang-bayang saja… gelap, sur4m dan tidak membawa tuah. Pandangan sama menjerumus ke arah stereotaip bahawa pengantin tidak patut berbaju hitam.

Ada segelintir berpendapat, pengantin perlu memakai pakaian yang terang, putih misalnya yang membawa pengertian suci mahu pun merah yang bermakna membawa untung dan rezeki.

Namun, pandangan ortodoks itu dipec4hkan dengan pemilihan berani busana perkahwinan berwarna hitam pada hari bahagia.

Melihat sudut pandang daripada sisi lain, hitam tiada apa yang salah dengan pilihan warna hitam. Nampak lebih bergaya, elegan, menawan, s3ks1, misteri dan paling utama memberikan ilusi kurus buat pemakai.

Warna hitam juga senang untuk dipadankan dengan apa juga aksesori pengantin, naik serinya dengan aksesori berwarna emas, perak atau bronze.

Ada juga mempelai yang bijak bermain dengan warna misalnya pelamin dan hiasan sampingan lain yang akan menyerlahkan seri pengantin yang berbaju serba hitam.

Malah, pasangan raja sehari, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin juga dipuji ramai apabila menggayakan baju kahwin potongan klasik berwarna hitam, hasil rekaan Shanell Harun.

Jom, kita semak semula pengantin yang pernah menggayakan busana perkahwinan berwarna hitam pada hari bahagia mereka.

1. Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Pasangan ini mengejutkan ramai dengan majlis pernikahan mereka minggu lalu. Sama seperti m1sterinya hvbungan mereka, pilihan busana berwarna hitam seakan-akan kena dan menceritakan segalanya.

Zizi mengenakan kurung pahang moden yang ditatahkan dengan sulaman batu jemeki pada bahagian bawah baju dan lengan. Melengkapi persalinannya, songket tenun berbenang emas digunakan sebagai kain dan layah di kepalanya.

Yusuf pula segak mengenakan baju Melayu berwarna hitam bersampin songket. Klasik dan ringkas!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

2. Izzue Islam & Awin Nurin

Pasangan romantis, Izzue Islam dan Awin Nurin pula memilih untuk menggayakan persalinan hitam ketika majlis resepsi mereka sekitar lapan tahun lalu.

Izzue segak mengenakan sut hitam rekaan Hatta Dolmat manakala Awin pula anggun dalam dres hitam p0tongan duyung dari Classic Bridal.

Pasangan itu kelihatan menyerlah apabila disandingkan di atas pelamin serba putih.

3. Awie & Sharifah Ladyana

Legenda rock, Datuk Awie juga memilih persalinan serba hitam bertanjak dan sampin kuning ketika majlis pernikahannya bersama isteri, Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand sekitar tahun 2016.

Awie yang berbaju Melayu cekak musang itu disandingkan bersama baju kebaya hitam bersulam kerawang si isteri.

Sedikit perc1kan nusantara pada perincian batu jemeki dan corak kain yang dipakai pengantin wanita ketika itu.

Selain itu, keluarga pasangan itu pun turut sama mengenakan busana berwarna hitam pada majlis yang diadakan serba ringkas itu.

4. Oki Setiana Dewi

Pelakon dari Indonesia, Oki Setiana Dewi pernah memilih busana perkahwinan adat jawa berwarna hitam dalam majlis ngunduh mantu iaitu adat menerima menantu masyarakat Jawa di Indonesia.

5. Lesti Kejora & Rizky Billar

Pasangan sensasi Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar juga memilih busana moden berwarna hitam pada majlis Menuju Cinta Abadi selepas selamat bergelar suami isteri pada awal September lalu.

Lesti mengenakan gaun hitam bercorak songket berwarna perak dan dilengkapi dengan tulle yang sarat pada bahagian bawah. Ia merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Ivan Gunawan.

6. Sarah Jessica Parker

Bintang siri Sex and the City, Sarah Jessica Parker memilih gaun rekaan Morgane Le Fay pada majlis perkahwinannya bersama Matthew Broderick pada tahun 1997.

7. Avril Lavinge

Bintang pop Avril Lavinge juga pernah memilih gaun berwarna hitam pada hari bahagianya bersama suami, Chad Kroeger sekitar tahun 2013.

Bertemakan gothic, penyanyi lagu Complicated itu kelihatan anggun meny4rung dres rekaan Monique Lhuiller.

8. Christine Quinn

Bintang realiti Selling Sunset, Christine Quinn pula tampil sebagai barbie gothic dalam gaun hitam rekaan Galia Lahav.

Majlis perkahwinan bernilai AS$1 juta (RM4.1 juta) bersama Christian Richard itu antara yang menjadi sebutan ramai hingga kini. Lawa weh!

Biarpun masih ada segelintir yang beranggapan majlis perkahwinan tidak harus dipakai dengan warna hitam, pilihan tetap di tangan pengantin itu sendiri.

Tiada salah atau betul dalam, asal kena tempat dan masa.

Paling utama, warna pakaian pada hari perkahwinan bukan satu jaminan pada masa akan datang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Baju Kahwln Warna Hitam Tak Bawa Tuah? Ini Pasangan Pengantin Yang L4nggar Stereotaip Berbusana Hitam Pada Hari Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*