[VIDEO] 14 Tahun Jadi Anak Bongsu, Sekali Dapat Adik Pula! – ‘Hikmah PKP, Semuanya Rezeki’

Siapa sangka walaupun anak bongsu sudah berusia 14 tahun, seorang wanita diberikan rezeki untuk melahirkan seorang lagi cahaya mata. Gelaran bongsu yang dipegang remaja ini akhirnya bertukar dan ‘dir4mp4s’ oleh adiknya.

Bongsu tak jadi bongsu

Seperti perkongsian pemilik TikTok, dikenali sebagai Pienaaaa menceritakan adik beradiknya menerima ahli keluarga baharu yang sama sekali tidak disangka-sangka. Menerusi video tersebut, gadis ini turut memperincikan umur adik-beradiknya yang lain.

Bila semua dah tua bangka, dapat adik baru.

Mengulas lebih lanjut, gadis ini menceritakan adik lelaki berusia 14 tahun turut membantu ibunya dalam menjaga adik bongsunya berikutan adik-beradik yang lain sudah bekerja dan belajar di luar kawasan. Pada masa yang sama, gadis ini menganggap kehadiran bayi tersebut adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Bongsu tak jadi jaga bongsu yang sebenar. Sebab abang dan kakak lain dah kahwin, kerja dan belajar jauh. Hikmah PKP juga. Semuanya rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik remaja 14 tahun ini berikutan takhta bongsunya telah dir4mp4s. Pada masa yang sama, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dihadapi oleh mereka.

Video penuh:

Sumber: Pienaaaa via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan hare Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook