Anak Fendy Caliph Buskers suka Rina Harun, minta suap makanan – “Anak saya ni but4 dan aut1sme… dia mudah mesra dengan orang”

SIFAT ramah yang ditonjolkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun ketika mengunjungi kediaman anggota Caliph Buskers, Fendy Adlun mengundang kec4man netizen selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Semuanya gara-gara tindakan Rina menyuap makanan secara sentuh terus kepada anak perempuan Fendy iaitu Nur Azalea Zafirah, 6, yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Fendy berkata dia berharap orang ramai memahami situasi anaknya yang mengalami masalah autisme serta cacat penglihatan.

“Anak saya ni bu.ta dan aut1sme… dia ni mudah mesra dengan orang. YB Rina hanya menyantuni anak saya dan bagi saya tak ada salah pun.

“Dia sendiri minta disuapkan makanan tu untuknya… budak aut.isme ni lain tau.

“Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harapkan dia faham seperti mana kita faham, ” ujarnya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

komen netizen

Antara komen netizen di laman Twitter.

Foto Rina menyuap makanan kepada kanak-kanak itu kec0h diperkatakan di media sosial kerana tindakan itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan khususnya j4ngk1tan v1rus c0v1d-19.

Terdahulu Fendy yang juga pemain dram Caliph Busker itu menerima kunjungan Rina dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ke kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur secara berasingan.

Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harapkan dia faham seperti mana kita faham

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

Ia susulan video yang dimuat naik Fendy di Facebook bertujuan meminta bantuan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur daripada pihak berwajib.

Bercerita lanjut tentang sikap anaknya, Fendy berkata kanak-kanak itu sentiasa mengharapkan perhatian daripada orang terdekat dengannya.

Malah kanak-kanak berkenaan mahu segala permintaannya dipenuhi terutama jika dia berasa selesa dengan individu yang ditemuinya.

fendyyyal

Fendy dan anaknya menerima kunjungan daripada Datuk Seri Rina Harun.

“Kalau kanak-kanak normal senang nak explain, tapi anak saya ni lain… kena layan dia dan meraikan dia.

“Sekiranya apa yang dia nak tu tak dapat, dia akan mengamuk tapi dalam keadaan yang terkawal, ” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar