Selepas Ada Lagi Pemimpin Umno Sokong Muhyddin, Najib Razak Tampil Beri Satu Ayat Padu

Baru je Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta merta.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.

Berikut pula ulasan Najib Razak tentang perkembangan yang berlaku

“Berbulan lamanya, pihak sebelah sana ejek saya kenapa saya kritik kerajaan PN tetapi tidak tarik sokongan.

Seperti yang saya kata, saya orang parti dan saya ikut keputusan rasmi parti UMNO.

“Kini parti UMNO sudah membuat keputusan rasmi.

Jadi jangan lagi kritik UMNO bahawa kita hipokrit.

“Kita buktikan tidak.

“Bagi ahli parlimen UMNO dan BN yang masih menyokong Muhyiddin hari ini, ianya pendirian peribadi mereka – bukan lagi selari dengan pendirian rasmi parti.

Jangan dikaitkan lagi pendirian mereka dengan pendirian parti UMNO.

“Dan sekiranya ianya pendirian peribadi masing-masing maka mereka akan tanggung akibatnya masing-masing.

Kita sudah sampai ke bulan Julai 2021. Tak sampai dua tahun lagi sudah PRU15. (Rakyat dapat apa sejak PRU14, ya?)

Masa itu, Rakyat yang akan pilih siapa jadi ketua kerajaan dan ahli parlimen – bukan katak atau penderhaka.

“Rakyat boleh menilai siapa dan parti mana yang lebih layak, lebih kompeten, lebih jujur, yang lebih ada track rekod untuk memulihkan, menyelamatkan dan membangun ekonomi serta negara selepas pandemik.

“Rakyat tahu siapa yang bacul dan gila kuasa sehingga perlu mel4ngg4r Titah YDP Agong dan Raja-Raja serta mencabul demokrasi negara yang akhirnya menjahanamkan ekonomi dan Rakyat.

“Rakyat akan ingat siapa yang buat kerja bodoh seperti mengulang langkah-langkah separuh masak berkali-kali yang terbukti gagal dan akhirnya membawa kepada ribuan pengorbanan nyawa secara sia-sia dan penderitaan memanjang tak terhingga pada Rakyat.

“Siapakah yang belanja RM600 bilion duit negara tanpa apa-apa pencapaian ataupun hasil yang nyata walaupun mereka juga yang pernah fitnah dan menipu Rakyat bahawa negara sudah bankrap bawah Najib sehingga mereka perlu korek Tabung KWAN yang dibina masa Najib untuk membiayai sepenuhnya program vaksinasi yang akan menyelamatkan negara.

“Rakyat sudah tentu ingat siapa di dalam kerajaan PN dan di luar yang pernah menabur janji-janji kencing masa PRU14 ataupun pernah buat benda bodoh seperti turun ke Jalan Raya untuk tuntut mansuh PTPN atau menghasut Rakyat buang GST lalu mengaku sebenarnya GST ini adalah satu benda baik yang mampu menyelamatkan ekonomi dan mengawal harga barang pada masa krisis.

“Dan Rakyat juga akan tertanya-tanya masa itu kenapa ahli parlimen yang lompat ke kerajaan tiba-tiba k3s r4sv4hnya tergugur seperit k3s r4sv4h RM78 juta bekas menteri PH yang melompat ataupun video yang amat jelas menjadi tak HD.

“Ya, kawan-kawan. Kalau niat ialah untuk dilepaskan k3s, perlu membodek kerajaan – bukan melawan kerajaan.

Pendek kata, yang akhirnya akan tentukan siapa ketua kerajaan dan ahli parlimen dalam tempoh setahun dua sahaja adalah Rakyat – bukan katak atau SD.

“Siapa ketua parti UMNO dan BN juga bukan ditentukan oleh berapa SD kamu berjaya kumpul tetapi melalui pemilihan parti yang sudah sampai tempohnya tetapi dihalang oleh MKN untuk dilaksanakan pada tempoh PKP.

“Ahli-ahli UMNO yang akan memilih dan mereka akan tahu siapa yang kecut, sorok dan membisu serta siapa yang berani tampil ke depan untuk melawan dan mempertahankan parti tiap-tiap hari dalam tempoh UMNO paling susah dan terancam selepas PRU14.

“Ahli-ahli UMNO juga akan ingat siapa menteri serta ahli parlimen UMNO dan BN yang lebih mementingkan jawatan kerajaan sendiri, siapa yang membantu pihak kerajaan memperlekehkan titah

“Raja-Raja atau lebih mempertahankan pemimpin parti lain berbanding parti sendiri tetapi membuta mata kepada kegagalan bersambung kegagalan kerajaan untuk membantu Rakyat dalam zaman pandemik.

“Ahli-ahli UMNO juga akan ingat dan akan membuat k3simpulan sendiri untuk rakaman audio “scheme of things” PM8 yang terang-terang kata ahli-ahli UMNO boleh disogok dengan tawaran jawatan menteri dan GLC.

Nazri beri jaminan masih ramai MP BN sokong kerajaan PN

SEKURANG-kurangnya 32 ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) dijamin masih memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada ketika ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata sedemikian bagi menjawab desas-desus majoriti ahli Parlimen Umno dikatakan akur dengan keputusan terkini dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti Rabu malam yang memuktamadkan penarikan sokongan parti itu terhadap kerajaan PN serta-merta.

Jelas Ketua Umno Bahagian Padang Rengas itu, sokongan 32 ahli Parlimen Umno berkenaan bakal diterjemahkan dalam bentuk pengundian terhadap sebarang usul dikemukakan pada sidang Parlimen akan datang.

“Setakat pengetahuan saya, jumlah 32 ahli Parlimen Umno yang mengikut ketetapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 iaitu menyokong kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen, adalah kukuh…Bahkan mungkin bertambah kepada 35 orang.

“Kalau ada yang berubah hati selepas keputusan MKT malam tadi (Rabu malam), ahli Parlimen Umno berkenaan mungkin terdiri geng yang mahu tarik sokongan seperti Zahid; Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahmad Maslan (Datuk Seri Ahmad Maslan); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ku Li (Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah).

“Kalau umum sekarang pun tidak guna. Kita akan buktikan sokongan kepada kerajaan PN dalam sidang Parlimen akan datang, ” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hasil keputusan mesyuarat MKT pada Rabu malam memutuskan untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta.

Selepas hampir lima jam bermesyuarat, Ahmad Zahid menegaskan ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Mesyuarat MKT Rabu malam turut memutuskan Umno tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Mohamad Nazri menjelaskan kedudukan kerajaan PN diterajui Muhyiddin masih tidak runtuh sekali pun Umno sudah memuktamadkan ketetapan keluar daripada kerajaan PN serta-merta.

Jelas beliau, kuasa menentukan kedudukan Muhyiddin dan kerajaan PN terletak di tangan ahli-ahli Parlimen dan bukannya parti.

“Saya percaya tindakan Ahmad Zahid menggunakan MKT disebabkan dia tidak berpuas hati dengan keputusan pelantikan Na1b Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Dia sebenarnya idamkan sangat jawatan TPM itu.

“Saya juga cabar MKT untuk mencadangkan k3semua 32 ahli Parlimen yang bersama saya dipecat Umno kerana kami pastinya akan tentang keputusan itu habis-habisan, ” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Nazri turut menasihatkan Ahmad Zahid agar tidak menjadikan Umno sebagai alat untuk melepaskan diri daripada pendakwaan k3s mahkamah.

“Kalau dia mahu guna alasan usul PAU 2020 telah dipinda dan memberi mandat kepada MKT, takrifan itu tidak betul kerana usul asal perlu dipinda melalui satu mesyuarat agung tahunan khas (EGM) Umno dengan notis pindaan usul perlu dikemukakan terlebih dahulu.

“Kalau Zahid berani, buat EGM untuk pinda usul asal PAU 2020…Jangan nanti akar umbi kemuka usul tukar Presiden Umno pula, ” katanya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://limauasamboi.pw/