Erra Fazira Beng4ng, Gara-gara Sikap Pemimpin Tak Sensitif Guna Nama Allah

Susulan  dari kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang telah menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara, selebriti popular Erra Fazira buka mulut.

Pelakon itu menganggap tindakan pemimpin itu seperti tidak menghorm4ti agama Islam.

“Saya tak berminat dengan dunia politik.. bukan kepakaran saya.. tapi bila nama Allah digunakan dan dipersoalkan.. saya tak setuju dan saya tak suka!! Ada banyak cara dan bahasa yang lebih baik”- tulisnya.

Menurut aktres berusia 47 tahun itu, tak kira muslim atau bukan muslim, dia tak bersetuju jika pihak tertentu salah guna nama Allah atas kepentingan peribadi.

“Muslim atau non muslim, saya tak setuju salah guna nama ALLAH. Untuk muslim, andai salah pembawaan kalian, menjawablah kalian di sisi Allah dan pasti “KENA” tarbiah juga dari hamba-hamba Allah yang lain.”- tambahnya lagi.

Erra turut menasihati kepada yang bukan muslim supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama untuk berpolitik.

“Kepada non muslim, isu ini sangat sensitif maka janganlah kalian menangguk air yang keruh.. carilah isu lain untuk kalian hen.tam atau sewaktu dengannya”

“Saya sayang Malaysia dan dalam Malaysia ada banyak bangsa dan agama.. Nak berpolitik boleh,  tapi tolong peka dan sensitif agar kita masih mampu hidup dalam keadaan harmoni. Itu saja.” – tegasnya.

Menurut Erra, dia tidak berniat mahu berpolitik dalam isu ini, namun hanya mahu menyampaikan mesej ini kepada semua. Dia berharap, tiada lagi sesiapa yang memetik nama ALLAH sesuka hati untuk kepentingan peribadi, samaada muslim apatah lagi bukan muslim.

Terdahulu Lim Kit Siang menulis di Facebooknya,

“Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik c0v1d-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”.

Foto: Malakat Tribune

Bagaimanapun, dipetik dari Malaysiakini, pemimpin itu telah bertindak mema.dam kenyataannya dan membuat permohonan maaf.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my