“Aku Pun Ada Silap” – Zarina Anjoulie Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Selebriti sensasi Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa dia dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Dato Sri Aliff Syukri, Melati Abd Ghani atau lebih dikenali sebagai Kak Mell telah pun berdamai.

Anju & Melati Berdamai

Perkara itu dimaklumkan oleh Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menerusi hantaran di laman Instagram nya sebentar tadi.

“Takde faedah nak g4duh.aku dengan dia pun dua-dua ada anak..malu diorang tengok mak-mak g4duh macam ini. Pada followers Anju, Anju minta maaf ya semakkan korang tentang isu ini” tulis Anju

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati hantaran tersebut telah pun dipad4m. Susulan itu, di laman Insta Live nya, Anju tampil menjelaskan lebih lanjut. Menurut Anju, dia telah menghubungi Melati bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai  punca perb4lah4n mereka seterusnya memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.

Akui Anju, sebelum ini dia pernah mengu.tuk dan mengec4m tindakan Melati namun selepas menyedari status mereka sebagai seorang ibu, Anju mengambil keputusan untuk melupakan perseng.ketaan tersebut. Namun begitu, Anju berkata dia akan memberi tempoh selama seminggu kepada Melati untuk tidak mengu.ngkit kembali sebarang perseng.ketaan mereka.

Sekiranya dia gagal berbuat demikian, Anju berkata dia tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang tanpa perlu mende.dahkannnya kepada umum.

Melati Terke.jut Dengan Tindakan Anju

Menjengah ke laman Instagram Melati, usahawan ini berkongsi beberapa hantaran yang terke.jut dengan pended4han yang dibuat oleh Anju. Jelas Melati, dia tidak menyangka pelakon itu akan membuat video secara langsung di laman Instagram kerana difahamkan berdasarkan perjanjian mereka tiada sebarang muatnaik akan dimuatnaik selepas itu.

Dalam kemaskini terbaharu, Anju sekali lagi memohon maaf sekiranya Melati telah meny4lah sangka mengenai video secara langsung yang dimuatnaiknya. Enggan terus bertel4gah, Anju turut mendoakan agar perniagaan Melati berjaya.

Terdahulu, Murai.my melaporkan Melati telah berkongsi status yang dimuatnaik oleh seorang pengikut Zarina yang memerlinya berikutan wajah Anju menjadi muka hadapan sebuah akhbar tempatan. Bagaimanapun, Melati memb1das kembali kenyataan tersebut kerana beranggapan individu seperti nya tidak layak untuk berada di wajah hadapan akhbar berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my