Lampin bayi buat Naim Daniel seb4k, buka ‘food bank’ bantu keluarga sus4h – “Baru saya faham orang tiada duit beli pampers anak”

BUKAN hanya lantang bersuara mengenai isu semasa, penyanyi dan pelakon Naim Daniel turut terpanggil untuk turun padang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlvk4n.

Naim, berkata dia mengambil inisiatif sendiri dengan membeli barang keperluan asas untuk dijadikan sebagai bank makanan atau ‘food bank’ di stesen minyak Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor.

Menurut pemilik Muhammad Naim Daniel Baharin, dia meminta keizinan pihak stesen minyak tersebut sebelum mengajak seorang rakannya membeli barangan yang diperlvk4n.

Naim muat naik video dia melakukan misi foodbank.

“Selepas selesai urusan di rumah… tiba-tiba saya rasa macam nak buat sesuatu dan tergerak hati nak pergi tengok food bank di Petronas Pelangi Semenyih.

“Rupa-rupanya di sana food bank belum ada lagi. Jadi, saya ambil inisiatif dengan meminta izin kepada pihak Petronas untuk beli barang dan jadikan food bank di situ.

“Alhamdulillah, pihak mereka memberi keizinan dan saya pun ajak kawan untuk teman membeli barang keperluan asas dengan guna duit saya dan rakan-rakan selebriti yang turut menderma,” katanya kepada mStar.

Kalau tak ada RM50, tak boleh nak beli pampers.

NAIM DANIEL

PENYANYI & PELAKON

Sebelum ini, penyanyi berusia 24 tahun itu berkongsi video dia menjalankan misi ‘foodbank’ di sebuah stesen minyak yang terletak di Semenyih, Selangor pada Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Purnama ini mengakui dia berasa seb4k ketika membeli lampin bayi atau pampers yang dianggap agak mahal untuk golongan susah.

“Antara semua barang yang saya beli semalam, saya sangat terkesan ketika membeli pampers. Saya tak ada anak lagi… tapi semalam saya cukup terkesan dan rasa sed1h sangat.

Naim dan Bunga akan teruskan misi food bank pada Rabu.

“Baru saya faham orang yang tak ada duit nak beli pampers anak. Kalau tak ada RM50, tak boleh nak beli pampers. Tambahan kalau yang isi keluarga ramai dan ada anak-anak kecil,” ujarnya.

Selain itu, Naim turut menjelaskan dia tidak memilih untuk membeli barang masakan atau basah kerana bimbang tidak boleh disimpan dalam jangka yang lama.

“Saya ada juga terima cadangan yang meminta saya untuk beli barang masak seperti bawang dan sebagainya tapi bukan saya tak nak beli tapi barangan itu tak boleh simpan dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Sementara itu, Naim memberitahu dia akan terus melakukan misi food bank di sekitar Semenyih pada Rabu bersama rakan yang juga penyanyi Bunga Isme.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar