Dia Terpaksa Kibarkan Bendera Putih Depan Rumah Dan Selepas Itu Apa Yang Terjadi Dia Sendiri Tak Sangka (Video)

“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.

Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehil4ngan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik cov1d-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu.

“Saya sed1h kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah bu.ruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai k3seluruhan RM1,200,” katanya.

ZULKIFLIE menerima kunjungan ramai selepas mengibarkan bendera putih di hadapan kediamannya di Taman Pulai Indah. FOTO Mary Victoria Dass

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya.

“Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terk3san akibat pandemik cov1d-19 dan dapat dibantu dengan segera.

Ia juga diharapkan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan apa-apa bantuan namun malu menyatakannya secara terbuka.

Video:

Sumber : HMETRO ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN