Kecewa! Lihat Apa Kata 3 Selebriti Popular Ini Apabila PKP Sambung Lagi

Kalau diikutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal ditamatkan pada hari ini. Tetapi disebabkan kes harian c0v1d-19 tidak menurun seperti yang dijangka, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk meneruskan PKP.

Disebabkan tempoh PKP yang berlangsung terlalu lama, tak dinafikan banyak pihak mula terkesan dengannya. Ada yang dibu4ng kerja, tiada tempat tinggal dan sebagainya. Melihatkan hal ini, ramai orang termasuk selebriti mula memberikan pandangan masing-masing.

“Lajukan Agihan Vaksin”- Normala Samsudin 

Berkenaan dengan tempoh PKP yang dilanjutkan, pelakon Normala Samsudin meminta pihak kerajaan untuk melajukan proses agihan vaksin kepada sektor kilang dan juga petugas kesihatan yang memberi vaksin.

Foto – Utusan / @normalasamsudinofficial (Instagram)

Kongsinya lagi, agihan vaksin yang cepat dapat membantu ramai orang untuk mula bekerja seperti biasa dengan mengikuti SOP yang disediakan.

Datuk Fizz Fairuz Minta Tutup Kilang & Beri Bantuan

Manakala pelakon, Datuk Fizz Fairus pula berkata sektor perkilangan perlu ditutup dengan segera jika mahu membendung jumlah k3s harian c0v1d-19 dengan berkesan. Ujarnya kes harian kebanyakannya meliputi sektor perkilangan.

Foto – The Star / @fizzfairuzofficial (Instagram)

Tambahnya, pihak kerajaan juga perlu peka dengan keadaan semasa rakyat. Dia juga berharap pihak kerajaan dapat memberikan bantuan dengan segera untuk mengelakkan rakyat berh.utang.

Foto – Harian Metro / @fizzfairuzofficial (Instagram)

“Kenapa Beri Kebenaran Kilang Beroperasi?”- Catriona Ross

Rentetan isu PKP, Catriona Ross juga berkongsi di Instagramnya dengan mengatakan dia sudah menjangkakan pemberitahuan ini. Kongsi Catriona, dia tidak dapat memahami tindakan kerajaan yang membenarkan sektor perkilangan beroperasi pada ketika ini.

Foto – @catrionabrianross (Instagram)

“Kenapa anda (pihak kerajaan) masih membenarkan sektor perkilangan beroperasi walaupun sudah sebulan PKP dan k3s harian langsung tidak tunjuk sebarang penurunan”, tulisnya di Instagram.

Walau apa pun sebab pihak kerajaan melanjutkan PKP dan berharap agar semua orang patuh dengan SOP dan jaga penjarakan sosial masing-masing. Stay safe!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my