Seriuslah! Kim Kardashian & 4 Selebriti Ini Pernah Dikhabarkan Mem.eluk Agama Islam?

Menukar agama lain dalam kalangan selebriti Hollywood sudah menjadi perkara yang biasa. Ada yang mahu menukar disebabkan oleh perkahwinan dan ada juga yang mempunyai keinginan untuk memeluk agama lain.

Kali ini Murai MY akan senaraikan selebriti Hollywood pernah menjadi m4ngs4 kontroversi akibat menukar agama dan mem.eluk agama Islam. Nak tahu siapa?

Rihanna 

Kekasih kepada rapper Amerika, A$AP Rocky ini pernah dilaporkan memeluk agama Islam. Berita mengenainya agamanya tersebar setelah dia memuat naik gambar bertudung di Instagram.

Foto – Pinterest

Malah dia juga mengunjungi sebuah masjid yang terletak di Abu Dhabi dengan memakai pakaian khas wanita Timur Tengah. Walaupun mendapat komen yang positif, Rihanna dikatakan telah diusir dari masjid kerana dianggap meng4nggu tempat ibadah.

Madonna

Foto – Pinterest

“Saya membina sekolah wanita di negara Islam dan mula belajar Al-Quran. Saya fikir saya perlu mempelajari semua kitab suci. Seperti yang dikatakan oleh rakan Yaman saya, ‘Seorang muslim yang baik adalah seorang Yahudi yang baik dan seorang Yahudi yang baik mesti seorang Kristian yang baik, dan sebaliknya.’ Saya sangat setuju,” ujar Madonna.

Foto – Pinterest

The Queen Of Pop” ini merupakan penganut Kabbalah yang taat sehingga sekarang. Walaupun pernah mengaku mempelajari Al-Quran semasa bercinta dengan kekasihnya, Brahim Zaibat iaitu seorang penganut agama Islam, Madonna tidak pernah menukar agamanya.

Lindsay Lohan 

Tak pernah terlepas dengan kontroversi, pelakon Lindsay Lohan pernah dikhabarkan menjadi salah satu selebriti yang mem.eluk agama Islam. Pada awalnya, pelakon berdarah Ireland dan Itali ini dikenali sebagai penganut Katolik.

Foto – Pinterest

Khabar angin mengenai penukaran agama itu terjadi setelah paparazi menangkap gambar Lindsay yang membawa Al-Quran ketika berada di New York. Malah dia juga sering memuat naik petikan dalam bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran di Instagramnya.

Kim Kardashian 

Bintang “Keeping Up With The Kardashians” ini dikatakan me.meluk agama Islam kerana memakai pakaian seperti wanita Islam ketika mengunjungi Dubai.

Foto – Pinterest

Tak cukup dengan itu, Kim pernah memuat naik tweet yang mengandungi perkataan ‘Insya Allah’ pada hujung 2012 yang lalu dan mendapat kritikan kerana dianggap mengh1na Islam.

Foto – Twitter

Rowan Atkinson 

Siapa sahaja yang tak kenal dengan watak “Mr. Bean“? Khabar angin mengenai pertukaran agama pelawak, Rowan Atkinson ini muncul setelah dia menonton filem “The Inno.cence Of Muslim“. Paling mengejutkan ada pelbagai video mengenai pengakuan Rowan yang dida.kwa mengucap syahadah.

Foto – Pinterest

Namun tiada siapa yang mengetahui khabar ini sama ada betul atau tidak kerana Rowan memilih untuk mendiamkan dirinya dan tidak memberi komen mengenai pertukaran agama tersebut.

Selain selebriti Hollywood di atas, ramai lagi selebriti lain yang mempunyai kontroversi dalam menukar agama. Kongsikan dengan Murai MY selebriti manakah lagi yang menukar agama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my