Selepas Dengar Kelu.han Rakyat, Ismail Sabri Umum Ini Akan Berubah Bermula 28hb Jun

Begitulah yang berlaku apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat esok akan dilanjutkan lagi tempohnya.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, fasa pertama PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 k3s.

Kerajaan juga akan mengumumkan mengenai bantuan yang akan diberikan pada Isnin atau Selasa ini.

Pada 11 Jun lalu, Menteri Kanan (k3selamatan) Datuk Seri Ismail sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara diletakkan di bawah PKP bermula 15-28 Jun.

Walaupun berita pal.su berkaitan lanjutan PKP 3.0 tular pada Sabtu, namun situasi dan keadaan semasa cov1d-19 berdasarkan nilai ambang PPN dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke Fasa 2.

Kerajaan bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun ini.

Menteri Kanan (k3selamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dilaksanakan setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sumber : MSTAR ONLINE / SINAR HARIAN

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN