Sofea Jane Ded4h Apa Yg Dia Tak Puas Hati Dgn Rider Penghantar Makanan

Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, meluahkan rasa berang terhadap sikap pengguna jalan raya yang suka mel4ngg4r lampu merah.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin (ASK2007) menerusi drama Sebuah Ijtihad itu menasihati penunggang motosikal supaya mengikut undang-undang jalan raya dan horm4tilah pejalan kaki yang mahu melintas.

“Saya mohon penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan main l4ngg4r.

Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan m4ut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput ma.ut.

“Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Kanak-kanak, orang tua nak berjalan pun payah, takut dil4ngg4r.

Apa nak jadi ni? Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” ujarnya.

Dalam perkongsian berlainan di Twitter, Sofia pernah menyaksikan kejadian hampir meragut nyawa kanak-kanak oleh sikap pemanduan pemandu kereta di parkir.

“Bawak kereta macam s4mseng di tempat letak kereta. Belum lagi jalan raya. Saya pernah lihat kanak-kanak berlari di parkir dan hampir-hampir dil4ngg4r kereta yang bawa laju!” ciapnya.

Alasan l4nggar lampu isyarat

SHAH ALAM – Sebilangan penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan terpaksa mel4ngg4r lampu isyarat berkemungkinan kerana faktor cuaca.

Menurut seorang penghantar makanan sambilan, Wan Loqman Wan Kamarudin, 25, tindakan itu juga mungkin dipengaruhi cubaan penghantar makanan terbabit mengejar tempahan pelanggan.

“Cuaca pada setiap hari tidak semestinya baik dan ada kalanya hujan. Jadi mungkin rider itu terpaksa l4ngg4r (lampu isyarat) setelah mendapati keadaan selamat.

“Dalam satu keadaan lagi, mungkin mereka terlalu mengejar tempahan yang ingin dihantar kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Loqman turut mengingatkan agar semua penghantar makanan menitik beratkan aspek k3selamatan sewaktu menjalankan tugas.

Katanya, menunggang motosikal secara melulu bukan sahaja mengundang risiko bahaya, malah menyebabkan tempahan pelanggan rosak.

Sumber : Utusan Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/